Tuesday, July 30, 2013

Assalamualaikum.

Siapa yang ada masalah tumit kaki pecah dan merekah? Mama ada masalah ini. Masalah ini jadi lagi teruk bila Mama tak pakai selipar dalam rumah. Masa musim sejuk dulu, memang tak ada tumit pecah sebab hampir setiap masa pakai stokin. Tapi sekarang bila dah musim panas, muncul baliklah masalah tumit kaki pecah dan merekah ini. Sakit!

Jom kita tengok petua apa yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah sejagat ini. Hehe..
  • Rendamkan kaki dalam air suam selama 10 - 15 minit. Selepas itu, gosokkan bahagian tumit yang pecah dengan batu asah pisau. Lakukan sehingga menampakkan perubahan. Sapukan pada tumit yang pecah dengan getah betik muda. Biarkan seketika sehingga getah itu kering kemudian baru dicuci. (batu asah pisau dan getah betik muda tak ada kat sini, jadi tak boleh nak cuba petua ni)
  • Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan perahan air limau nipis. Kemudian sapukan pada tumit yang pecah. Amalkan selalu sehingga menampakkan hasilnya. (yang ini boleh buat)
  • Geselkan tapak kaki pada rumput yang berembun pada waktu awal pagi. Lakukan setiap hari dan anda akan merasa perubahannya. (pelik pula orang Perancis tengok nanti, hehe)
  • Sapukan tumit pecah dengan bawang merah yang telah dibelah dua sehingga kering. Lakukan setiap hari sehingga sembuh. (err tak pedih ke?)
Ok antara banyak-banyak petua ni, Mama akan cuba yang nombor dua tu. Anda pula nak cuba yang mana?

 

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates