Monday, February 10, 2014

Assalamualaikum.

Hati mana yang tak risau bila anak yang dah berumur dua tahun lapan bulan tapi masih belum bercakap seperti anak-anak lain yang seusia denganya. Sebab itu kami ambil keputusan untu bawa Izz Ammar untuk buat pemeriksaan di hospital. Walaupun ramai yang mengatakan Ammar ok, nanti dia pandailah cakap, tapi hati ni tetap rasa risau.

Jadi, bulan lepas, kami dah pergi ke Hospital Batu Pahat dan diberikan tarikh temujanji untuk berjumpa dengan pakar ENT pada 10 Februari 2014. Masa sampai di hospital tadi, cuma perlu pergi ke kaunter pendaftaran untuk mengambil nombor dan kemudian tunggu sehingga giliran sampai.

Alhamdulillah, doktor kata Ammar OK. Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan, doktor mengatakan yang Ammar tiada masalah untuk bercakap. Alhamdulillah, satu fasa sudah selesai. Dan doktor memberikan tarikh temujanji untuk berjumpa dengan speech therapist pula, iaitu pada 24 Februari nanti. Nasib baiklah tak lambat sangat. Tak sabar nak mendengar apa kata speech therapist pula.

Buat masa sekarang, Ammar cuma boleh bercakap 'aceh' untuk terima kasih, 'akum' untuk assalamualaikum, 'nonono' atau 'nanak' untuk tak nak, adik, dan kdang-kadang dia akan mumbling 'papapapa'. 'Mama' langsung tak ada ok. Huhu, ok Mama sedih.

Harapnya lepas dah pergi terapi nanti, Ammar akan boleh bercakap lancar. Amin..

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates