Wednesday, October 29, 2014

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya Mama berjaya juga join IMKK anjuran Doktor Azizan Osman ini. Mula-mula dulu, memang ada sedikit pandangan negatif tentang DAO dan program-program ynag dianjurkannya. Biasalah, bila dengar-dengar cakap orang, dan baca-baca status dari mereka-mereka yang tak 'sebulu' dengan DAO, jadinya sedikit sebanyak meresap juga dalam diri ni.

Tapi nasib baik Cik Abang paksa juga Mama pergi ke IMKK untuk rasakan sendiri kehebatannya. Cik Abang dah pergi dah masa bulan Jun yang lepas. Sebab tu Cik Abang paksa Mama untuk pergi pula. Pada mulanya, Mama memang ada rasa macam tak nak pergi. Sebab tak nak tinggalkan anak-anak. Huhu.

Kesian sangat kat Ammar dan Aneesa. Ditinggalkan selama empat hari bersama Cik Abang di rumah opah dan atuk di Pantai Dalam. Pagi-pagi, diorang akan dkejutkan untuk ikut hantar Mama ke MIECC. Tengokah tu, muasing-masing dengan muka baru bangun tidur. Hehe.

Gambar di bawah ini pula menunjukkan fenomena biasa sebelum sesi bermula. Peserta memang dah siap stand-by depan pintu walaupun masa untuk sesi seterusnya lambat lagi. Kami siap makan terus dekat depan pintu ni tau. Bila pintu dibuka je, semua orang akan berlari masuk dalam dewan. Sebab semua orang kalau boleh nak duduk kat bahagian depan. Beza tau rasanya duduk di depan atau belakang.

Yang ini pula kawan baru yang Mama jumpa di sana. Rossa namanya. Sedap kan nama tu? Rasa macam duduk sebelah penyanyi pula. Hehe. Sepanjang empat hari program, memang Mama sentiasa dengan Rossa ni. Duduk dalam dewan bersama, makan pun bersama. Semoga perkenalan singkat ini akan kekal selamanya, InsyaAllah.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa benda yang diajar dalam IMKK ni? Ok, kita rujuk balik pada maksud IMKK tu, iaitu : Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan. Jadi, kami diajar cara untuk menjadi magnet ini. Antaranta adalah dengan membersihkan kolam jiwa, bersedekah, berselawat, istighfar, dan pelbagai amalan lain lagi. Kami juga diajar untuk menulis impian dan yakin impian itu akan tercapai. Yang penting, kita kena selalu berdoa. Sebenarnya ada banyak lagi ilmu yang Mama dapat di sana, tapi nanti jadi panjang sangat pula entri ini.

Cuma apa yang boleh Mama cakapkan, setiap orang perlu hadiri sendiri IMKK ini. Betul ni, Mama tak tipu. Bagi yang berkahwin, eloklah pergi dengan pasangan masing-masing. Nanti anda akan rasakan sendiri 'magic IMKK' dalam kehidupan berkeluarga nanti.

Gambar dalam dewan ini diambil pada hari terakhir, bila semua sesi dah berakhir. Sebabnya, sepanjang program berlangsung, kami tidak dibenarkan untuk menagmbil gambar di dalam dewan.

Mama pasti akan rindukan saat-saat manis sepanjang IMKK ini, Semoga semua ilmu yang dikongsikan oleh DAO dapat Mama praktikkkan secar konsisten. Dan Mama doakan agar semua yang membaa entri ini, dapat menyertai IMKK yang seterusnya. Mama doakan kita semua kaya dan berjaya, amin...

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates