Monday, December 01, 2014

Assalamualaikum.

Kos sara hidup di Malaysia makin meningkat setiap hari. Harga minyak naik, harga tol naik, harga barangan naik, dan tekanan hidup juga naik. Dengan GST yang akan dimulakan tak lama lagi ni, sudah pasti kita akan makin terbeban, kan?Jadi apa yang kita perlu buat untuk pastikan kita tak tergolong dalam golongan fakir miskin selepas ini?

Pertama, kurangkan perbelanjaan. Tetapi kalau tengok balik di atas, perkara ini pasti sukar dilakukan kerana kos hidup memang sudah meningkat. Dan semua benda-benda tersebut adalah faktor luaran yang kita tidak boleh kawal.

Kedua, tambahkan pendapatan. Haa, yang ini merupakan faktor yang boleh kita kawal. Cara paling mudah untuk tambah pendapatan adalah dengan berniaga, kerana 9/10 punca rezeki adalah dengan berniaga.

Bisnes Online Mana Yang Bagus?

Nak berniaga apa? Sekarangni, ada pelbagai jenis bisnes online yang boleh kita buat. Bisnes dropship, bisnes affiliate, bisnes MLM, dan pelbagai lagi. Kita cuma perlu pilih bisnes yang sesuai dengan minat kita, dan kemudian fokus 100%.

Haa mesti ada mak-mak yang mula berkata dalam hati "Susahlah nak berniaga dengan ada anak kecil ni". Memang bukan senang, tapi tak mustahil. Buktinya, sudah ramai ibu-ibu yang berjaya membuat bisnes online walaupun mereka mempunyai anak kecil. Jadi, anak kecil itu bukan penghalang untuk kita berniaga.

Sebenarnya kan, buat bisnes online dari rumah merupakan pilihan terbaik untuk semua supermak tau. Sebabnya kita boleh jaga anak sendiri, dan tak perlu keluar dari rumah selalu. Kalau anda rasa perlukan semangat lagi untuk memulakan bisnes, jemputlah baca 3 tips mudah berjaya dalam bisnes online untuk surirumah yang Mama dah sediakan ini.

Semoga lebih ramai lagi ibu-ibu yang berani menceburkan diri dalam bidang perniagaan online. Berniaga ini tak susah, asalkan kita ada ilmu dan buat dengan bersungguh-sungguh.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates