Thursday, June 04, 2015

Assalamualaikum.

Sudah beberapa hari tekak ini terasa nak makan karipap IKEA. Mama pun terus nyatakan hasrat pada suami, dan dia bertanya bila nak pergi. Mama jawab bila Mama tak puasa dan sebelum Ramadhan tiba. Kebetulan pula semalam Mama tak terbangun untuk sahur (misi mengganti puasa), jadi kami pun teruslah ke IKEA selepas solat Zohor.

Entah apa yang silapnya semalam, tiba-tiba Aneesa menangis sampai baring di lantai. Bila nak angkat, dia beratkan badan. Jadi kami cuma biarkan dia menangis dulu. Orang-orang sekeliling dah ramai yang pandang-pandang. Bila Aneesa dah OK sikit, barulah suami dukung dia. Itupun dia masih merengek-rengek lagi.

Sebenarnya ini kali pertama kami ada pengalaman anak buat aksi baring di lantai kawasan awam. Ammar memang tak pernah  buat macam ini. Aneesa pula ada beberapa kali buat di rumah, tapi ini kali pertama dia buat 'tayangan percuma'.

Rasa malulah juga bila orang sibuk pandang-pandang. Nasib baiklah tak ada yang ambil gambar dan sebarkan di Facebook. Kan dah menjadi trend sekarang ini bila ada sesuatu yang 'menarik' sahaja, mesti ada yang mengambil gambar dan memviralkannya. Tanpa tahu pokok pangkal, ramai pula yang akan menjadi tukang komen bertauliah.

Apa cara terbaik untuk tenangkan anak yang secara tiba-tiba meragam seperti ini ya?

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates