Monday, September 05, 2016

Assalamualaikum buat pembaca yang setia.

Hari ini saya akan berkongsi salah satu faktor yang perlu diambil kira dalam pertimbangan untuk membeli emas berbentuk gold bar, jongkong, coin atau pun dinar. Selalunya jika membeli emas berbentuk seperti ini, lazimnya jika hendak menjualnya kembali kita akan menjual balik di kedai yang sama seperti emas bunga raya (Poh Kong) dan Wah Chan Gold bar.

Jika seseorang membeli emas dari syarikat pula seperti Powergold, Dinar Kelantan, Public Gold, Emas Kijang (Maybank) dan The Perth Mint (Bank Muamalat), lazimnya mereka juga akan menjual emas tersebut di syarikat yang sama juga. Oleh yang demikian sebagai panduan untuk yang baru hendak berjinak-jinak dengan jua beli emas ini, saya terangkan serba sedikit tentang salah satu faktor penting dalam membuat keputusan untuk membeli emas.

Ramai yang kurang tahu akan faktor ini, atau jika tahu pun, mereka tidak akan ambil kira faktor ini sewaktu membeli emas.

Faktor Yang Perlu Diambil Kira Sewaktu Membeli Emas

Faktor yang saya maksudkan adalah kecairan emas (spread) atau susut nilai emas apabila kita hendak menjualnya semula. Ramai yang tidak tahu bahawa jika kita menjual emas kita di kedai, harga yang kedai beli adalah lebih rendah dari nilai pasaran semasa. Inilah yang dikatakan susut nilai yang mana harga emas tersebut akan jatuh nilainya. Lazimnya orang gelar SPREAD (English Term).

Spread ini diukur dalam bentuk peratus, lagi tinggi nilai peratus spread bermakna lagi rugilah kita kerana nilai emas kita akan susut banyak berbanding dengan harga semasa. Sebagai panduan, 20% dan keatas boleh dikatakan spread yang tinggi dan 15% dan kebawah dianggap nilai spread yang average dan 11-12% dan kebawah adalah nilai spread yang rendah.

Maka selepas ini jika kita ke Poh Kong untuk membeli Gold Bar Bunga Raya, tanyakan berapa peratus nilai spreadnya ya..:)

Perkara Yang Mempengaruhi Spread

Spread sebenarnya bukanlah bergantung pada jenis emas yang kita beli, tetapi sebenarnya kedai emas/syarikat yang tentukan nilai spread.

Jika kita membeli barangan kemas (rantai, cincin, dan sebagainya), maka kita mempunyai pilihan untuk pergi kemana-mana kedai emas yang menawarkan nilai spread yang rendah.

Walaubagaimanapun, jika kita hendak menjual emas berbentuk bar/coin/dinar, maka lazimnya kita akan menjualnya kembali kepada kedai/syarikat yang kita beli. Tidak mungkin kita membeli Emas Kijang, dan menjual emas tersebut kepada syarikat Public Gold misalnya.

Maka disini faktor spread adalah penting semasa kita membeli emas. Kerana ia mencerminkan pulangan keuntungan yang bakal kita dapat sekiranya kita ingin menjualnya kembali.

Formula Pengiraan Spread

Spread adalah peratusan perbezaan harga belian dengan harga jualan yang di pamerkan di kedai emas. Apa tu harga belian dan harga jualan?

Harga Belian :Harga yang kedai akan beli sekiranya kita menjual emas kepada mereka
Harga Jualan: Harga yang kedai emas jual kepada kita jika kita hendak membeli emas mereka


Powergold Tawar Spread Yang Rendah

Untuk makluman, Powergold merupakan sebuah syarikat yang menawarkan spread emas dengan nilai yang terendah pada ahlinya. Adalah menjadi suatu kepuasan membeli emas dengan nilai spread yang rendah kerana jika kita terdesak, kita boleh menjual emas tersebut dengan nilai harga yang tinggi berbanding dengan produk emas syarikat lain.



Lagi menarik jika anda adalah Stokis Powergold, nilai spreadnya lagi rendah berbanding spread ahli. Disamping itu, sebagai ahli/stokis powergold, ada akan dapat pelbagai benefit hasil dari pembelian emas anda.

Jika anda bercadang untuk membuka sebuah kedai emas maya, dan menjual emas secara online mahupun offline, bolehlah anda mendaftar sebagai stokis sah powergold dan ketahui ada beberapa benefit lain yang akan stokis nikmati berbanding ahli powergold biasa.



Nak Jadi Ahli, Atau Nak Jadi Stokis?

Jawapannya terpulang kepada anda. Jika hanya ingin mendapatkan harga emas murah, boleh pilih menjadi ahli dengan memilih samada Pakej Gold atau Solid Gold. Namun dengan pakej-pakej ini pun, anda tetap boleh memulakan bisnes emas dan besarkan rangkaiaan perniagaan.

Bagi yang ada modal lebih dan komited berbisnes, saya cadangkan untuk jadi stokis. Kelebihan stokis sangat banyak dan

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates