Monday, September 26, 2011

Assalamualaikum.

Dah lama sebenarnya saya nak bercerita tentang hal ni. Tapi akhirnya, bila Ammar dah empat bulan barulah sibuk nak menaip di blog. Apala punya lambat bertindak mama si Ammar ni kan? Hehe. Ok, dah moh le kita membaca cerita ini.....

Sejak dari mengandung lagi, saya memang dah tanam niat nak menyusukan our baby nanti. Kalau boleh, nak exclusive breastfeeding for the first six months, dan lepastu nak continue sampai 2tahun. Itulah perancangan yang dah dibuat. Siap beli breastpump lagi sebagai persediaan. So memang nampak la kan semangat nak breastfeed yang berkobar2 tu. Nampak tak? Nampak kan.. [Bacaan lanjut di SINI]


Masa dah nak bersalin tu pun, saya ada pesan pada nurse yang saya nak fully breastfeed anak saya nanti, tak mahu campur dengan susu formula. Lepastu siap pesan kat Cik Abang lagi suruh tengok2 kan supaya nurse tak curi2 bagi susu formula kat our baby. Hah, dahsyat tak semangat saya nak breastfeed anak saya?

Tapi, itu semua hanyalah perancangan awal. Apa yang terjadi selepas tu, tak seperti yang dirancang. Lepas Ammar dah selamat dilahirkan, macam biasalah nurse2 akan bersihkan dan mandikan dia. Sementara saya pula sedang 'dikerjakan' oleh doktor, dan lepastu dibawa masuk ke dalam wad. Tak lama lepastu, nurse pun bawak Ammar masuk ke wad. [Bacaan lajut di SINI]

Dan masa inilah seorang ibu muda sedang mencuba untuk menyusukan anaknya buat kali pertama. Nak pegang pun tak tahu macam mana. Sebabnya saya rasa pelik nak pegang Ammar. Yelar, dulu perut ni besar ke dapan, keras plak tu. Tapi at that time, perut tu dah kosong, dan menggeleber. So untuk letak something di atas badan tu, saya rasa gerun. Lepastu plak my private part rasa tak selesa. Sebab apa? Sebab pad yang nurse pakaikan sangat2 lah tebal, sampai nak duduk betul pun tak boleh. Jadinya saya duduk senget je.

Masa tu, nurse tolong picitkan my ******, dan adalah sedikit kolostrum yang keluar, dan dapatlah Ammar merasa sikit kolostrum tu. Memang tak banyak, sikit je. Cian Ammar. Tapi sekurang2nya dapat jugak Ammar merasa, daripada takde langsung. Niat kat hati time tu memang nak terus pegang dan dakap Ammar, tapi bila Ammar dah melalak2, dengan hati yang tak rela, saya terpaksa bagi Ammar pada nurse untuk diberikan susu formula. ='(


Sedih sangat sebab baru beberapa jam Ammar dilahirkan, dia dah diberikan susu formula. Dan bila dah balik ke rumah Bonda, barulah saya cuba pam susu. Disebabkan masa tu saya ni terlalu nak sangat bagi Ammar susu badan, saya guna suction pam yang kuat. Memang rasa sakit sangat, tapi saya tahan, hanya kerana nak bagi Ammar minum susu2 awal. Sampaikan ****** saya luka sebab mengepam dengan menggunakan suction yang tinggi. Tapi walaupun dah mengepam, Ammar tetap kena minum susu formula gak, sebab saya hanya dapat pam sikit je.

Bila dah hari ketiga bersalin, barulah saya start berurut dengan Kaklang (kakak ipar). Lepas dah berurut, barulah banyak sikit susu yang keluar. Dan Kaklang pun ajar saya cara nak menyusukan baby macam mana. Sebab dia memang menyusukan anak2 dia dulu. Masa tu, barulah Ammar dapat menyusu secara terus dengan saya. Tapi sakit sangat, sebab my ****** dah luka! Tapi saya tahan, tahan dan tahan.

Tapi makin lama sakitnya makin bertambah plak, so saya stop direct feeding Ammar, dan saya hanya pam susu dan bagi ikut botol. So start dari situ, Ammar dah tak minum susu formula. Dia cuma minum susu saya, Alhamdulillah. =)

Tapi bila Ammar dah biasa minum dengan botol, dia dah tak mahu direct feeding! Puas dipaksa2, dia taknak jugak. Meraung2 Ammar nangis kalau saya paksa dia direct feeding. Akhirnya, saya terpaksa akur. Dan terpaksalah saya mengepam je. Setiap 3jam, saya kena pam. Malam pun macam tu. Tiap tiga jam, kena bangun mengepam. Tapi demi Ammar, saya sanggup..

~Ammar tengah minum EBM~

Dugaan dalam breasfeeding ni bukan setakat itu je. Masa hari ke-10 berpantang, saya kena bengkak susu. Dan lepastu terus demam. Ya Allah, sakit betul bila bengkak susu ni. Nak angkat tangan pun sakit, nak gerak sikit pun sakit. Dan demamnya plak tersangatlah panas. Memang tak tahan! Saya lebih sanggup tahan sakit lain daripada tahan sakit bengkak susu ni.

Dan sekarang, sejak kami sampai di bumi Perancis ni, Ammar terus nak direct feeding dengan saya, tak perlu dipaksa2 pun. Alhamdulillah, syukur sangat2. Semoga saya diberikan kekuatan untuk terus menyusukan Ammar, dan semoga Allah mempermudahkan perjuangan saya ini.
 
Harapnya post saya ini dapat memberi semangat kepada ibu2 di luar sana untuk terus memperjuangkan niat suci mereka. InsyaAllah.

Kata Bardboo: Ada group Kump. Ibu2 Menuyusukan di Facebook. Tapi group ni hanya untuk perempuan je. Jom la join group ni untuk dapatkan maklumat dan sokongan mengenai breasfeeding.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates