Wednesday, September 07, 2011

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Akhirnya kami selamat gak sampai ke bumi Perancis ni. Perjalanan yang jauh, dan sangat memenatkan. Mencabar jugak bila bawak baby kecik berjalan jauh ni. Mental dan fizikal kena kuat. Huhu. So inilah dia catatan perjalanan kami. Khas buat ahli keluarga dan kawan2 yang nak tahu tentang perjalanan kami.

AMARAN: Entri ini mungkin agak panjang untuk di baca. Sebabnya saya nak catatkan perjalanan ini secara terperinci supaya boleh dijadikan rujukan buat orang2 yang nak ke Toulouse nanti, InsyaAllah... =)

04 Sept 2011 (Di Malaysia):

Kami bertolak dari Pantai Dalam dan sampai kat KLIA dalam pukul 9 malam. Famili saya yang dari Klang dah sampai kat sana lagi awal. Bila sampai je, terus pergi timbang beg dan tengok ukuran beg untuk hand luggage sesuai atau tak. Ada satu beg tu terlebih kembung, so terpaksalah punggah balik kat situ untuk kasi kempis sikit. Hehe. Lepastu, pergi wrap bag. RM10.00 untuk satu beg. Tak apalah keluar duit sikit, asalkan beg2 semuanya selamat.

Bila dah siap, terus ke kaunter check-in. Kena beratur panjang. Tapi tak apa, sebab masa beratur tu dapat gak bergosip dengan si Anna Murai! Hehe.
 
Masa check-in tu, orang tu bagitahu beg2 kami akan dihantar terus ke Toulouse, dan dia ingatkan jangan bawak sebarang daging ke sana. Tapi dalam hati dah rasa berdebar sikit sebab dah sempat selitkan sambal ikan bilis kering dalam beg. Tak tahulah boleh lepas ke tak. Hehe. Oh time tu gak baru tahu kitorang punya flight delay. Patutnya pukul11.30 malam, tapi delay sampai pukul 12.30 malam.

Aktiviti seterusnya adalah melepak dan ambil2 gambar. Dalam hati dah sedih dah sebenarnya, tapi tahan jela. Huhu.
 
Sesi keluar air mata start bila famili Alang nak balik, lepastu famili Kakngah plak. Pastu Anna plak. Bila dah tiga kali menangis, rasa tak larat lagi dah nak nangis. Penat!!! ='(Dalam pukul 11.30 malam, kitorang dah nak gerak masuk dah. So lagi sekali sesi nangis2 dengan mereka2 yang masih tinggal. Sayu sangat rasanya bila peluk dengan Bonda. (alar, time taip ni pun dah nak nangis lagi!!) ='(

Bila dah lepas pemeriksaan kastam, terus pergi naik aerotrain (inilah kot namanya, lupa dah). Lepastu jalan laju2 untuk naik kapal terbang. Masuk je dalam flight tengok dah ramai orang dah dalam tu. Penuh woo flight ni. Lepasni kisah dalam flight plak ye.
 
05 Sept 2011 (Dalam pesawat MAS):

Cik Abang kata kitorang naik Boeing777. Besar pesawat ni, dan penuh dengan orang. Rami jugak rupanya orang nak ke Paris ek. Tapi mungkin kebanyakkannya adalah untuk transit.

Disebabkan Ammar baby lagi, kitorang dibekalkan dengan bassinet untuk letak Ammar. Tapi tak guna sangat pun benda ni. Sebab bila letak dalam tu, Ammar tak tidur lena. Bila letak kat pangkuan, baru dia tidur lena. So bassinet tu jadi tempat untuk kitorang letak barang jela.

Sepanjang perjalanan dari KLIA ke Paris, Ammar banyak tidur je. Masa nak take-off tu pun dia tidur. So tak adalah masalah dia nangis2 sebab tekanan kat telinga tu. Sepanjang perjalanan 12jam tu, memang Ammar asyik tidur je. Mungkin sebab penangan ubat selsema kot (Ammar memang dah demam dan selsema dua hari sebelum fly). Menyusu pun kurang, sampaikan ada susu yang kena buang. Huhu.

Oh sebut pasal susu, bersyukur sangat rasanya sebab dah beli pam manual Unimom Mezzo. Sangat senang nak pam susu. Saya cuma cover dengan blanket yang pihak MAS bagi je, dan terus mengepam dengan sesuka hati. Rasanya tak ada orang perasan pun, sebab ramai yang tidur. Untuk perjalanan ke Paris ni, saya sempat pam sebanyak empat kali.

Untuk bab makanan plak, heavy meal ada dapat dua kali. First masa awal2 penerbangan, lepastu lagi dua jam sebelum mendarat. Makanannya ok la, nak kata sedap pun tak, tak sedap pun tak. Yang penting perut tak lapar. Hehe.

Masa dah nak dekat sampai Paris, barulah Ammar terjaga dan ada merengek2. Masa ni papa dia bawak Ammar round2 dalam pesawat, dan saya plak ambil chance untuk tidur. Sebab sebelum2 tu susah sangat mata saya ni nak lelap. Dan bila nak landing, Ammar melalak! Oh takpe2, sebab dah nak sampai pun. Kita kasi orang2 kat dalam tu dengar suara Ammar sikit. Hehehe.

05 Sept 2011 (Di Charles de Gaulle Airport, Paris):

Kitorang sampai kat Paris dalam pukul 7.15 pagi. Macam tak percaya je kitorang dah jejakkan kaki ke negara orang. Alhamdulillah separuh perjalanan dah selesai, tinggal lagi separuh. Kitorang sampai kat TERMINAL 1, dan perlu pegi ke TERMINAL 2F untuk ambil flight yang seterusnya (airport ni ada banyak terminal). Untuk ke TERMINAL 2F ni, ikut je signboard yang tulis "Flight Connection", dan akhir sekali akan sampai ke tempat menunggu bas. Masa kat tempat menunggu bas ni, Ammar nangis2 lagi. Saya plak time ni dah rasa macam nak pitam. Tapi masih boleh bertahan lagi.

Bila dah naik bas dan turun di TERMINAL 2F, kena plak berurusan dengan orang kastam sana yang sangat strict!! Tapi disebabkan kitorang bawak baby, so dapat potong barisan dan terus ke depan. Tapi time ni semua benda nak kena dikeluarkan. Kesian Cik Abang terkial2 seorang untuk buat semua benda. Saya tak dapat tolong sebab tengah dukung Ammar. Dan Ammar plak boleh plak time ni bantai meraung kuat2. Saya tahu Ammar penat dan tak selesa, cian dia... ='(

After urusan ni selesai, kitorang terus ke tempat untuk tukar pampers Ammar. Masuk je dalam tu, saya terus rasa lemah. Time ni memang betul2 dah tak larat. Kaki rasa macam tak pijak tanah je. Macam nak pitam pun ada. So Cik Abang yang uruskan Ammar. Saya plak terus basuh muka dan makan coklat untuk dapatkan balik tenaga. Waa, time ni betul2 rasa nak nangis. Penat sangat! ='(

Lepastu, kitorang pun tunggu jela masa untuk masuk ke dalam pesawat untuk ke Toulouse. Dan sepanjang masa ni pun Ammar asyik merengek2 je. Alahai, terus rasa tak sabar nak sampai hotel, nak tidur!

Pesawat untuk ke Toulouse ni kecil je, dan penuh gak. Nasib baiklah sekejap je dalam ni, lebih kurang sejam setengah. Masa mula2 bergerak dari Paris, dapatlah tengok kota Paris dari udara. Padat sungguh!! Nampak gak Eiffel Tower. InsyaAllah, bila Cik Abang cuti nanti kami akan ke sana. =)

Kata Bardboo: Cerita bila di Toulouse akan disambung dalam Part 02 ye.. =)

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates