Friday, September 16, 2011

Assalamualaikum.

Salam Jumaat semua! Kat sini baru je pukul 9pagi, tapi kat Malaysia dah pukul 3petang, kan? Alahai, kadang2 tu rasa macam tak terkejar je masa kat Malaysia. Tiap2 hari bila bangun, rasa macam dah lambat je sebab sibuk nak ikut waktu Malaysia. Padahal kat sini masih awal pagi lagi. Huhu.

Erm, ramai tak orang Malaysia, or lebih tepat lagi orang Melayu kat Toulouse ni? Jawapannya, ramai! Dan semuanya baik2 belaka! Serius ni, tak tipu! Huhu. Sejak kitorang dah kat sini lebih kurang semingggu lebih, dah beberapa kali la berjumpa dengan orang Melayu kat sini.

First, masa Abang Ikmal ambil kitorang di airport. Dan dua hari selepas tu, isteri Abang Ikmal (Kak Cora), bawak saya pergi beli barang2 makan dan lepastu bawak kitorang pergi rumah dia plak, untuk makan2. Masa kat situ ada plak berjumpa dengan Syed dan Kak Ila.

Hari Sabtunya plak, kitorang ke rumah Kak Harleena yang ada buat makan2 gak. Kitorang pergi dengan Hanif. Dan masa kat rumah Kak Harleena plak, jumpa ramai sangat orang2 Malaysia yang ada kat Perancis sekarangni. Memang ramailah, dan semuanya ramah-tamah. Oh budak2 undergraduate pun ramai gak. Pendek kata dah rasa macam kat Malaysia la hari ru. =)

Dan semalam plak, Kak Izan bawak saya pergi bei barang2 makan, dan lepastu bawak saya melepak kat rumah dia plak. Hah kan ramai tu orang2 Malaysia kat sini. Dan masing2 memang suka je nak membantu orang2 yang baru sampai. Kalau tak tahu apa2, tanya je kat diorang. InsyaAllah diorang akan bantu.

So buat ahli keluarga kat Malaysia, janganlah risaukan kami kat sini ye. Kami baik2 je, cukup makan, cukup tidur, cukup pakai, dan InsyaAllah cukup segalanya. Yang penting bersyukur dengan apa yang ada! =)

Kata Bardboo: Semoga berjumpa lagi.. =)

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates