Saturday, April 21, 2012

Assalamualaikum.

Dah baca entri pertama untuk siri 'Percutian di Paris' tu? Kalau belum baca, sila klik SINI ye. Ok bagi yang dah baca, mari kita sambung pengembaraan. Hehe. =)

Malam pertama di Paris tu, walaupun penat, kami tetap pergi ke Eiffel Tower. Pergi naik kereta, dan waktu tu hujan plak. Bila dah sampai kat sana, susah pula nak cari tempat parking sebabnya kena bayar guna kad bank. Kan kad bank Cik Abang ada masalah. So berpusing2 la kami untuk cari parking yang boleh bayar guna duit syiling je.

Bila dah banyak kali pusing2, saya pun cakap kita balik je la. Tapi Cik Abang tak putus asa. Dia turun dan tanya kat orang pasal parking. Tapi perbualan tu macam ayam dan itik la, as usual! Hehe. Tapi nasib baik lepastu jumpa orang yang boleh cakap Inggeris, dan dia cakap malam ni tak payah bayar parking. Percuma sebab cuti Easter Day!

Wah apalagi, kitorang terus je parking dan berjalan sesuka-hati ke Eiffel Tower. Eiffel Tower ni nampak lagi cantik masa malam sebab ada dipasang dengan lampu. Lepastu dalam beberapa selang masa, diorang akan pasang lampu lip-lap (kelip2). Memang cantik!

Disebabkan masa tu hujan, kitorang dapat ambil gambar sikit je. Dah la dengan dukung Ammar, pegang payung, pegang beg kamera, pegang kamera. Eh memang kelam-kabutlah. Huhu. Tapi takpe, yang penting kami enjoy!

Bila dah puas bergambar, kami pun balik. Dalam hati ni dah tak sabar dah nak sampai bilik hotel, nak tidur. Sebab badan betul2 dah penat. Memang dah terbayang katil je la.

Tapi bila dah sampai je kat depan bilik hotel, pintu tak boleh bukak plak! Banyak kali kami cuba, tak boleh juga. Hah sudah. Ini kes naya. Nak tahu sambungannya? Tunggu next entri... =)

AMMAR KATA: Jangan lupa tunggu sambungan cerita Mama saya ni tau. Mesti semua terkejut bila baca nanti!

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates