Hampir Setahun
Assalamualaikum.
11 bulan dah? Oh biar betul. Macam tak sangka je. Lagi sebulan dah masuk setahun dah. Huhu. Mama dah tak nak cakap dah'cepatnya masa berlalu', sebab rasanya tiap kali update blog Ammar ni, memang ayat tu la yang akan keluar. Tapi memang cepat betullah masa berlalu! Hehe.
Mesti ramai yang akan cakap Ammar dah boleh dapat adik dah. Memang Mama nak sangat bagi Ammar adik. Tapi ada beberapa perkara yang Mama kena fikirkan dulu sebelum tu. Bila perkara2 tu dah selesai, InsyaAllah. Huhu. Mama pun kesian gak tengok Ammar sorang2 je tak ada kawan. Kalau ada adik,tak adalah Ammar sunyi sangat kan? Huhu.
Kan dulu Mama sibuk sangat nak tunggu bilalah Ammar nak tumbuh gigi. Dan rupanya tak lama lepas Mama update entri yang INI, Ammar terus tumbuh gigi. Patutlah asyik meragam dan demam je. Ammar tumbuh dua gigi atas dulu. Dan sekarangni Ammar dah ada 4 batang gigi atas, dua batang gigi bawah.
Dan sejak dah masuk 10 bulan hari tu, Ammar memang rajin sangat bertatih. Ada jugaklah lepas beberapa langkah berjalan. Tak lama lagi rasanya mesti Ammar dah boleh berjalan betul. Aduhai, masa tu nanti memang Mama dan Papa asyik kena mengejar Ammar je la nampaknya. Huhu.
Sejak Ammar dah besar ni, Ammar tak berapa nak sangat dengan orang lain. Terutamanya orang Melayu. Kalau pergi ke rumah orang lain, Ammar asyik nangis2 je. Tapi kalau jumpa orang French, OK je plak Ammar ni. Haish, pilih bulu betullah. Kita orang Melayu la Ammar oi, bukannya mat salleh! Nak kena babap ni.
Oh ye, dua minggu lepas Papa bawak kita pergi bercuti kat Paris. Wah best betul Ammar ni ek, kecil2 lagi dah merasa pergi melancong kat Paris. Ammar baik je sepanjang kat sana. Tak meragam. Good boy! Lain kali kita boleh pergi melancong tempat lain lagi ye. Nanti Ammar bodek Papa tau. Hehe.
Dan sejak balik dari Paris tu, Mama tengok Ammar ni dah nampak makin bijak. Dah cepat belajar. Waktu2 macam ni la Ammar akan cepat tangkap segala apa yang ada di sekeliling Ammar, kan? SO Mama dan Papa kena banyak2 cakap dengan Ammar, dan tunjukkan contoh yang baik kat Ammar. Huhu.
Ok la ye, nanti2 Mama sambung lagi membebel di sini. Daa...
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)