Wednesday, April 25, 2012

Assalamualaikum.

Ammar dah tidur. Jadi inilah masa untuk update blog laju2. Lagipun kalau makin lama simpan cerita ni, jadi basi la plak. Huhu. Ok sambungan kepada cerita pintu hotel tak boleh bukak. Kami dah cuak dah masa tu. Yelar dah la kaunter hotel pun tutup sebab cuti Easter Day. Dan time tu dah pukul 12 tengah malam.

Tapi nasib baik memang ada disediakan nombor telefon yang boleh dihubungi jika ada berlaku apa2 kecemasan. Cik Abang pun call la, dan operator cakap nanti akan ada pekerja diorang yang datang dalam masa 3ominit. Kitorang pergilah tunggu kat lobi sampai pekerja tu sampai.

Bila pekerja tu dah sampai, pergi balik ke bilik hotel dan dia cuba buka pintu guna kad dia pun, still pintu tu tak boleh bukak jugak. Dia pun call balik operator dan entah apalah yang diorang bincangkan, punyalah lama, siap dengan gaya tangan ke atas ke bawah lagi, tangan letak ke dahi, mengeluh. Mengalahkan dia plak yang tak dapat cukup rehat!

Bila dah habis call, dia cakap dia tak boleh nak buat apa. Kena tunggu esok. Pastu dia suruh kitorang pergi ke hotel lain untukk tidur malam tu. Siap tanya lagi ada duit tak nak naik teksi? Cik Abang cakaplah tak ada duit. Lagipun barang2 kami semua kat dalam bilik.

Pastu dia sambung call lagi. Tak tahu la apa yang dia cakap, sebab dia cakap dalam bahasa Perancis. Tapi lama gila kot berborak. Sampaikan saya dah tension time tu sebab badan dah penat sangat. Muka pun dah muka bengang. Bila lelaki tu nampak muka saya dah bengang, dia terus kata dia nak turun bawah jap. Tapi lepas tu terus tak muncul2! Hilang ghaib macam tu je! Hampeh!

Masa tu air mata ni dah meleleh dah. Tapi nasib baiklah Ammar ok je. Bila Cik Abang dukung Ammar dan dekatkan dia ke muka saya, dia pegang2 muka, cium22 sambil senyum2. Haish terubat jugaklah rasa sedih ni. Huhu.

Adalah dalam 10 minit kot kitorang tunggu dia, tapi dia tak muncul2. Cik Abang call balik operator. Tapi operator kali ni Inggerisnya lagi teruk. Susah nak faham. Dan Cik Abang suruh saya cakap. Masa cakap tu, apa yang saya faham dia suruh kitorang pergi ke bilik 110 dan tumpang tidur kat bilik tu. Melentinglah saya!

Terus pas handphone tu balik ke Cik Abang (dah la bateri handphone pun nak habis dah). Bila Cik Abang dah cakap dengan orang tu, kitorang try la gak pergi ke bilik 110 tu. Sebab ingatkan tu bilik staff hotel ke, dan orang kat bilik tu memang dah tahu yang kitorang akan datang.

Tapi bila dah pergi ke bilik tu, orang tu tak nak bukak pintu pun! Of course la kan, tiba2 ada plak orang asing datang tengah2 malam ketuk pintu nak tumpang tidur. Siapa yang berani nak bukak kan? Time tu tahap sabar saya dan Cik Abang memang dah hilang dah. Terus marah operator tu dan operator tu terus letak phone. Huhu. Nak buat macam mana, hati tengah panas, badan tengah penat, nak pikir secara waras pun dah tak boleh dah.

Kami terus decide nak cari hotel lain. Tapi pekan tu dah macam pekan mati je time malam2 camtu. Langsung tak ada orang. Dan memang tak jumpa pun hotel lain untuk bermalam. So kitorang balik semula ke hotel tu, dan nampak gayanya tidur dalam kereta je la malam tu.

Tapi Ammar plak resah tak boleh nak tidur. So kitorang round2 lagi sekeliling pekan sampai Ammar tertidur, barulah datang balik ke parking kereta hotel tersebut. Jadinya malam tu merupakan pengalaman pertama kami tidur dalam kereta, di bahagian parking hotel.

Ammar tidur kat dalamcarseat. Tak tahulah dia selesa ke tak. Dahlah dengan pampers yang tak bertukar. Cik Abang plak tidur kat depan, dan saya tidur kat belakang. Sakit2 badan dibuatnya. Paling kesian kat Cik Abang la. Dah la penat2 drive jauh2, sekali kena tidur dalam kereta plak.

Takpelah, dah nasib kami macam tu. Mula2 memang rasa marah dan sedih. Tapi sekarangni bila dipikir2kan balik, rasa kelakar la plak. Hehe. Sekurang2nya kami ada pengalaman bermalam dalam kereta. Nasib baik tak kena sergah dengan hantu!

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates