Thursday, May 10, 2012

Assalamualaikum.

Puas nak mencari mood blogging ni semula. Sebabnya ada masalah internet di rumah yang teramat lambat umpama siput sedut. Sakit jiwa dibuatnya. Tapi nampaknya malam ni macam Ok sikit. Jadi saya nak sambung siri percutian yang dah lama tertangguh.

Hari Rabu, pagi2 lagi kitorang dah keluar sebab memang dah plan nak pergi macam2 tempat. Kami pergi naik public transport je. Disebabkan banyak destinasi yang dituju, so saya buat entri kali ini dalam bentuk nombor2 la ye. =)

---Gambar2 yang diletakkan di dalam entri ini hanya sebahagian je. Nak tengok gambar yang lain2, boleh lihat di Facebook Fanpage : Blog bardboo | Kisah Wanita & Keluarga---

1) Arc de Triumph:
Tempat pertama dituju. Selalu nampak benda ni dalam filem2. Sekarang, dah berada depan mata. Kawasan kat sini sibuk, sebab betul2 di tengah2 jalan. Tapi ramai je yang mengambil gambar. Ala macam kat Dataran Merdeka tu la. Kan ramai je pelancong sibuk2 nak ambil gambar. Yang rakyat tempatan memang tak heran dah. Hehe.

Masa kitorang dah nak beredar dari situ, ada seorang pakcik yang offer diri untuk ambilkan gambar kami bertiga. Lepastu dia tanya kami dari Malaysia ke? Pelik gak dia tahu. Rupanya dia pernah pergi ke Malaysia sebanyak tiga kali, jadi dia tahu macam mana rupa orang2 kita. Huhu.

2) Eiffel Tower:
Ya ini kali kedua ke Eiffel Tower. Sebabnya nak ambil gambar masa siang hari plak. Dan kebetulan plak tak hujan. Jadi dapatlah bergambar dengan tenang dan aman. Secara peribadi, saya lebih suka tengok Eiffel Tower ni pada waktu malam. Nampak lebih menarik!

3. Musee Grevin:
Inilah dia tempat muzium lilin tu. Teringin sangat nak ke sini sejak tengok dokumentari pasal muzium lilin ni kat TV beberapa tahun lepas. Bila dah ada kat Paris, mestilah tak nak lepaskan peluang ni, walaupun nak masuk tu kena bayar mahal la gak. Huhu. Takpe, yang penting hati puas.

4. Musee du Louvre:
Muzium yang menempatkan lukisan Mona Lisa. Tapi kami tak masuk. Kena beratur panjang sangat2x! Cakap betul ni, memang ramai sangat orang yang nak masuk ke muzium ni. Tak sanggup la kami nak menghabiskan masa lama2 untuk beratur. So kami hanya ambil2 gambar dan berehat di taman sambil makan roti yang dibawa sebagai bekalan.

5. Notre Dame:
Tempat terakhir yang dituju. Masa ni dah penat sangat2. Kaki dah rasa macam nak tercabut. Yelar berjalan ke sana ke sini guna public transport. Lepas tu nak tukar dari satu stesen ke satu stesen bukannya dekat, kena berjalan jauh gak. Tu yang penat. Kalau mengikut pada peta yang kitorang pegang, cuma tinggal lagi dua tempat je yang belum pergi lagi. Tapi disebabkan dah tak larat sangat, terus je balik lepas bergambar di Notre Dame. Jadi tamatlah kisah hari ketiga kami di Paris....

Bila tengok gambar last ini, terus rasa confuse. Apa yang Ammar penatkan sangat? Huhuhuhu..

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates