Monday, May 21, 2012

Assalamualaikum.

Kebetulan pula harijadi Ammar jatuh pada hari Sabtu, jadi kami pun buatlah jamuan makan2 sikit untuk sambut birthday budak bambam ni. Cuma dapat jemput beberapa keluarga je, sebab rumah kami kat sini kecil. Kalau nak jemput semua orang Malaysia yang ada kat Toulouse ni, kompem tak muat rumah. Hehe.

Bahan2 untuk memasak memang dah beli siap2 masa hari Jumaaat, dan hari Sabtu tu dari pagi dah start memasak la. Menu simple je, cuma buat mihun sup, makaroni bakar, dan agar2 strawberry. Dan kek pula saya minta tolong dengan jiran untuk buatkan. 

Tapi disebabkan buat kerja dengan kehadiran 'tukang audit' bertauliah iaitu En. Izz Ammar, makanya semua kerja jadi kelam-kabut. Kena bergilir2 buat kerja. Bila saya kat dapur, Cik Abang kena jaga Ammar. Bila Ammar nak menyusu, Cik Abang plak kena sambung kerja2 memasak. Begitulah putarannya sampailah ke petang. Huhu.

Dan mungkin gak si kecil ni tahu hari tu harijadi dia kot, so dia susah sangat nak tidur. Bila orang dah nak sampai, baru dia tidur. Haish la Ammar ni. Huhu. Oh ye, gambar makanan pun saya tak sempat nak ambil ye. Iskh, memang tak professional langsung blogger sorang ni. Hehe

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates