Tuesday, May 29, 2012

Assalamualaikum.

Dari semalam tak boleh nak buka blog ni. Tak tahulah apa masalahnya. La ni bila dah boleh, haruslah update blog cepat2. Lagipun dua orang putera hati tengah sedap beradu. Huhu.

Tengah hari tadi Cik Abang sibuk ajak pergi makan kat luar. Kecil tapak tangan, menara Eiffel saya tadahkan! Hehe. So terus je cepat2 siap dan keluar. Cik Abang bawak kitorang pergi makan di Boum Burger, restoran fastfood halal di Perancis ni.

Saya order Boum Bun, dan Cik Abang plak Khalifa Burger. Tapi pekerja tu silap dengar agaknya, Boum Bun tu bertukar kepada Long Boum pula. Haish tak kisahlah, janji dapat makan. Perut kenyang, hati senang. ^_^

Tapi masa mula2 makan tu, saya makan Cik Abang punya burger, sebab konon2nya tak puas hati la tak dapat makan Boum Bun. Bila dah hentam separuh burger tu, sibuk plak nak rasa burger lagi satu tu. Sekali sedap la plak! Terus mintak tukar balik. Hehe, buruk perangai betul!

Ammar pun nampak happy je dapat pergi makan2 kat luar. Walaupun Ammar tak dapat makan apa yang kami makan, tapi sekurang2nya dia dapat tengok gelagat orang ramai. Memang hobby Ammar tu. Sepanjang kitorang makan tu, Ammar makan bekalan dia sendiri, buah strawberry! Hehe.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates