Wednesday, July 17, 2013

Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan, saya nak bercerita mengenai masalah visa yang saya alami sekarangni. Visa saya akan tamat 28 Ogos nanti. Kalau ikut pada prosedur di Perancis ni, untuk sebarang urusan di Prefecture, kena pergi ambil tarikh appointment dulu. Lepastu kita perlu pegi buat urusan pada tarikh yang ditetapkan tu. Dan dokumen yang dah siap bukan ambil masa tu juga. Kena datang lagi sekali bila dokumen dah siap. Jadinya, untuk satu-satu urusan, kena pergi ke Prefecture sampai tiga kali! Inilah dia benda yang saya paling tak suka nak buat masa duduk di sini.

Disebabkan visa saya dah nak tamat, kami pun pergilah ke Prefecture dalam dua minggu lepas (hari Khamis), untuk ambil appointment. Tapi pekerja di kaunter tu kata tak boleh nak renew, saya kena balik Malaysia sebelum tarikh 28 Ogos tu. Cik Abang tetap tinggal di sini sampai bulan Oktober, sebab dia masih belum habis praktikal dan visa dia belum tamat lagi.

Masa tu, risaunya rasa hati ini. Tak terbayang macam mana nak balik sendiri dengan dua orang anak kecil. Mestilah tak, kan? Kalau Cik Abang hantar saya balik, harga tiket kena tanggung sendiri. Bila survey tiket flight, harga pergi balik tu RM5k! Errkkk, bocor poket dibuatnya. Huhu.

Sejak hari Khamis tu, saya tak senang hati. Asyik fikir masalah ni je. Sedih pun ada gak, rasa macam orang kena halau je. Hehe. Nak tidur malam pun tak lena. Tapi akhirnya, masa malam Ahad, saya pujuk hari sendiri untuk terima kenyataan. Dan, saya redha kena balik awal. Mungkin ada hikmah, kan?

Tapi esoknya, Cik Abang ajak juga pergi ke Prefecture untuk cuba lagi. Saya ikut je la. Dan Alhamdulillah, kami berurusan dengan orang lain. Dan dapat pula buat appointment untuk renew visa. Tak ada masalah katanya. Syukur! Barulah boleh tersenyum gembira.

Jadi, tak perlulah lagi saya runsing untuk balik awal ke Malaysia. Kami akan balik pada bulan Oktober nanti, InsyaAllah. Semoga tak ada lagi apa-apa masalah yang akan timbul.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates