Thursday, July 11, 2013

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, untuk tahun ni, kami dapat merasa berpuasa Ramadhan di bumi orang. Kalau tahun lepas kami balik ke Malaysia, tahun ini dah tak boleh nak cengkelat dah. Lagipun bulan Oktober ni dah nak balik Malaysia for good, InsyaAllah.

Ada sedikit kekeliruan tentang tarikh mula puasa di Perancis ni. Saya ada terbaca di satu web yang mengatakan mulai tahun ni, Perancis akan gunakan tarikh kiraan astronomi je untuk mulakan tarikh mula puasa, tak berpandukan pada anak bulan. Jadinya, hari Selasa lepas kami dah siap-siap bersahur. 

Tapi dalam pukul 10pagi Cik Abang mesej saya dan kata orang-orang Malaysia kat sini mula puasa hari Rabu. Sebab masjid di kawasan kami kata mula puasa hari Rabu. Jadinya, teruslah saya pun buka puasa! Hehe.

Berpuasa pada musim panas ni memang mencabar. Subuh dalam pukul 4.30am, Maghrib pula dalam pukul 9.40pm. Cuaca memang panas sangat-sangat, jadinya memang tekak rasa haus. Lagipun saya masih lagi menyusukan Irdhina Aneesa, memang lagi terasalah penatnya. Dengan nak melayan telatah dua orang anak kecil ini lagi.

Tapi harapnya saya dapat berpuasa penuh tahun ni. Dan semoga Ramadhan kali ini dapat mengubah saya menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik.

Buat semua rakan blogger, saya ucapkan selamat berpuasa. Maafkan saya jika ada penulisan saya ni yang membuat anda terasa. Saya manusia biasa, tak dapat lari dari melakukan kesilapan.

InsyaAllah, untuk entri seterusnya, saya akan ceritakn tentang masalah visa yang sedang saya hadapi......

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates