Saturday, July 13, 2013

Assalamualaikum.

'Anak dara tiang para' - Tiba-tiba terngiang-ngiang pula ayat ni masa mencari idea untuk tajuk entri ini. Siapa yang pernah dengar ayat yang macam ni? Sila angkat tangan. =)

Kali ini saya nak bercerita mengenai Irdhina Aneesa pula. Jarang sungguh bercerita mengenai anak dara seorang ni di Blog Bardboo ni. Kalau dulu, rajin update pasal Ammar di blog. Tapi sekarang, dah kurang sikit. Entahlah kenapa, kan?

Sekarangni, Aneesa dah nak masuk enam bulan dah. Semakin debab, dan semakin montel. Pipi terlebih, sama macam abang dia dulu gak. Masa last check-up, berat Aneesa dah 7.5kg. Sekarangni, mungkin dah lapam kilogram kot.

Aneesa dah pandai meniarap masa umur dia 3 bulan. Dan tak lama lepas tu, dah pandai menyusur ke depan. Terutama bila nampak ada barang menarik kat depan. Dan malam ni, Aneesa dah tunjuk skill merangkak pula. Tak lama lagi bolehlah dia kejar Ammar satu rumah. Hehe.

Alhamdulillah, untuk setakatni Aneesa masih lagi menyusu badan sepenuhnya. Rasanya macam nak mula bagi dia makan makanan pejal hari Ahad ni. Nanti saya akan update pasal tu ye.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates