Tuesday, August 11, 2015


Mana yang lebih untung; simpanan di ASB, ataupun simpanan emas?. Entri kali ini akan merungkai teka-teki yang sering bermain di minda ini.

Analisis ini adalah berdasarkan nombor sebenar (real figure) di pasaran sepanjang 10 tahun kebelakang (2005-2015) berlandaskan rujukan yang dinyatakan di akhir entri. Analisis ini diungkapkan di dalam bentuk cerita seperti di bawah.

Simpanan ASB

Ali seorang yang bijak merancang masa hadapan kerana dia telah menabung sejak muda. Pada usianya genap 25 tahun iaitu pada 19 Jan 2005, Ali berjaya menyimpan RM30 ribu di dalam akaun ASB dan bercadang untuk menyimpan kesemua duit tersebut untuk tempoh 10 tahun.

Jumlah tahunan dividen beserta bonus bagi ASB dinyatakan di dalam jadual kiraan di bawah*. Maka pada menjelang Januari 2015 beliau mempunyai duit di dalam akaun sebanyak RM69407.83 dimana profit yang dijana adalah sebanyak 131.36% dalam tempoh 10 tahun.



Melabur Melalui Pembelian Emas

Jika Ali terdedah dengan pelaburan emas, pada tarikh usianya genap 25 tahun (19 Jan 2005) beliau menggunakan simpanan RM30 ribu dengan membeli emas. Berdasarkan harga emas semasa**, Ali mampu membeli 17 ketul emas kijang (dengan berat 1 oz) dan 1 ketul emas kijang (dengan berat 1/2 oz) dengan jumlah harga RM29,871 kesemuanya.



Setelah 10 tahun Ali menyimpan kesemua emas tersebut, Ali menjual emas-emas tersebut mengikut harga pasaran pada 19 Jan 2015. Pada ketika ini Ali mampu meraih RM81,077 atau telah menjana keuntungan sebanyak 171.42% iaitu melebihi 40% dari profit simpanan ASB.



Kesimpulan

Dengan RM30 ribu ringgit, keuntungan yang dapat dijana adalah seperti jadual di bawah:


Disini kita dapat lihat penyimpanan emas mampu menjana keuntungan yang lebih berbanding penyimpanan wang secara lazim.

Jadi jika kita mempunyai duit lebih atau duit simpanan, eloklah ditukarkan kepada emas supaya dapat memaksimumkan keuntungan. Lebih-lebih lagi emas bersifat kalis inflasi, tidak seperti wang kertas yang nilainya semakin mengecil saban tahun.

Saya merupakan stokis sah Powergold. Saya menawarkan perkhidmatan jualbeli emas dalam bentuk syiling, dinar, bar dan barangan kemas. Hubungi saya jika anda berminat untuk membeli emas dan mendaftar sebagai ahli.
Penulis: Dinar Emas
Tarikh : 11 Ogos 2015
Rujukan : * http://1-million-dollar-blog.com/dividends/amanah-saham-bumiputera/ , **Bank Negara Malaysia(Statistik Emas Kijang)

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates