Tuesday, August 11, 2015


Emas adalah inflasi sifar

Kita biasa dengar emas tidak akan susut nilainya (tiada inflasi). Tetapi apakah kita faham apa itu INFLASI?

Inflasi ialah suatu kenaikan harga yang berkadar terus dengan kenaikan harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa. Ini bermakna jika harga umum barangan serta perkhidmatan meningkat, maka kesemua harga-harga lain juga akan meningkat.

Kesan Inflasi

Inflasi akan sentiasa meningkat tahun demi tahun. Antara kesan inflasi adalah sekitar awal 90an dahulu harga sebungkus nasi lemak dalam anggaran 60sen. Tetapi tahun 2015 menampakkan harga sebungkus nasi lemak meningkat menjadi RM2.00 ke RM3.00 di sekitar bandar Kuala Lumpur.
Kenaikan harga ini adalah kesan dari kenaikan barangan serta perkhidmatan.


Mengapa emas kalis inflasi?

Untuk makluman, nilai emas tidak pernah berubah. Ini adalah kerana apabila berlaku inflasi, maka harga emas juga turut berubah. Ia boleh di analogikan seperti kes dibawah :
            Harga seekor kambing pada tahun 2008 adalah RM450
Berdasarkan dari laman web BNM, purata harga emas bagi segram dalam anggaran RM103.93 bagi bulan Julai. Ini bermakna harga seekor kambing adalah bersamaan sekitar 1 Dinar emas (RM441.71) seperti kiraan dibawah.



Pada tahun 2015 purata harga jualan balik untuk segram emas pada julai 2015 adalah RM140.99 dan bermakna nilai 1 dinar emas pada saat ini adalah RM599.20 yang mana nilainya hampir sama seperti harga semasa seekor kambing.


(Sumber : http://equrban.com/aqiqah-2015/)
Jadi inilah yang dikatakan nilai emas tidak pernah susut atau berubah dari semasa ke semasa!!!
Marilah kita mula mengumpul emas sebagai mulai sekarang. Belum terlambat untuk mulakannya sekarang.

Saya merupakan stokis sah Powergold. Saya menawarkan perkhidmatan jualbeli emas dalam bentuk syiling, dinar, bar dan barangan kemas. Hubungi saya jika anda berminat untuk membeli emas dan mendaftar sebagai ahli.




Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates