Sunday, August 02, 2015

Assalamualaikum.

Masalah jerawat ini dah umpama masalah sejagat. Boleh dikatakan setiap orang pernah merasa ditumbuhi jerawat. Yang lebih mengerikan kalau jerawat tersebut meninggalkan parut.

Bagaimana nak hilangkan kesan parut jerawat ini? Ada ke petuanya? Mestilah ada. Haa cuba tengok petua-petua di bawah ini.

 

Petua Hilangkan Parut Jerawat

1. Gunakan serbuk kayu manis dan bedak sejuk
Caranya, campurkan serbuk kayu manis dan bedak sejuk dengan sedikit air. Lumurkan pada parut di muka. Lakukan dengan kerap. InsyaAllah parut akan pudar dan hilang.

2. Guna daun lidah buaya
Belah laun lidah buaya supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir tersebut pada parut. Lakukan sebanyak tiga kali seminggu.

3. Guna asam jawa
Ramas sedikit asam jawa bersama air. Pastikan campuran tersebut agak pekat. Sapukan pada muka, seelok-eloknya sebelum tidur. Lakukan dengan kerap.

4. Guna madu
Campur sesudu madu dengan bedak sejuk. Sapukan campuran tersebut pada muka. Buat dua kali sehari.

5. Guna timun
Kisar timun dan tapis airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan selama setengah jam dan kemudian basuh dengan air suam.

Cukuplah lima petua ini, kan? Haa bolehlah tengok bahan-bahan mana yang ada di rumah. Dan dah bolehlah mula amalkan petua tersebut. Semoga berjaya! =)

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates