Apa Itu Minyak Kelapa Dara / Virgin Coconut Oil (VCO)?
Assalamualaikum.
Makin lama, makin popular pula produk berdasarkan minyak kelapa dara / virgin coconut oil (VCO) ini. Macam-macam jenis jenama dah berada di pasaran, antaranya minyak kelapa dara jenama Bioasli, Oasis, Catalyst, Tanamera, Treenea, dan banyak lagi. Cari je di pasaran, memang berlambak-lambak ada.
Tapi apa sebenarnya minyak kelapa dara ini? Minyak kelapa dara ini adalah minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa matang melalui proses yang tidak merosakkkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak tersebut. Kalau minyak kelapa dara asli pula, bermakna ianya diproses secara semulajadi tanpa haba dan bahan kimia yang lain.
Dalam minyak kelapa dara ini ada berbagai jenis lemak yang dalam kategori Medium Chain Fatty Acids. Jangan keliru ya. Walaupun namanya ada 'dara', itu bukan bermakna hanya anak dara je yang boleh amalkannya. Hehe. Bayi, kanak-kanak, abang-abang, pakcik makcik, semua pun bolehlah nak makan minyak kelapa dara ini.
Secara ringkasnya, minyak kelapa dara ini ada seribu satu kebaikan. Ianya elok untuk kulit, rambut, kesihatan badan secara keseluruhan, menyerupai lemak susu ibu, dan boleh bertindak sebagai antivirus dan antibakteria. Kalau nak disenaraikan satu persatu, rasanya penat nak membaca nanti. Oh dan lagi penat orang yang nak menaip ni. Hehe.
Saya sendiri dah amalkan makan minyak kelapa dara ini. Dan Alhamdulillah, saya dah nampak sendiri kesan positifnya. Kalau tanya dari segi jenama, apa-apa jenama pun bagus, asalkan iannya betul-betul minyak kelapa dara yang asli.
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)