Friday, May 19, 2017


Assalamualaikum.

Rasanya semua orang mesti pernah rasa masalah bibir kering sampai pecah-pecah kan? Bila bibir dah pecah, nak makan pun susah. Setiap kali terkena makanan dan minuman, kita akan rasa pedih dan sakit.

Untuk elakkan dari bibir pecah-pecah, kita kenalah cepat-cepat merawat masalah bibir kering. Apabila mula terasa bibir kering, bolehlah cuba cara-cara di bawah ini.

Cara Rawat Bibir Kering

1. Sapu madu pada bibir

Madu adalah pelembap semulajadi dan mempunyai sifat antibakteria. Sapukan madu asli pada bibir beberapa kali sehari.

2. Sapu minyak

Jika tiada madu di rumah, anda juga boleh menyapukan minyak untuk melembapkan bibir. Anda boleh pilih untuk menggunakan minyak kelapa, minyak zaitun, ataupun minyak  biji sawi.

3. Gel lidah buaya

Anda juga boleh menyapu gel lidah buaya di bibir untuk melembapkan bibir dan melegakan kesakitan.

4. Gula dan Madu

Campurkan dua sudu gula dan satu sudu madu. Kemudian, gosokkan campuran tadi pada bibir untuk menanggalkan sel-sel mati pada bibir. Ini akan kembalikan semula kelembutan semulajadi bibir

5. Minum banyak air

Ini merupakan cara yang paling penting dan mudah untuk merawat masalah bibir kering. Pastikan anda minum sekurang-kurangya lapan gelas air suam setiap hari.

Saya harap agar perkongsian ini dapat membantu anda untuk bebas dari masalah bibir kering.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates