Siapa Pengasas Mary Jardin?
Assalamualaikum.
Mary Jardin ni apa sebenarnya? Mary Jardin ni adalah produk skincare yang natural dan organik. Dari packaging dan namanya, ramai yang ingat Mary Jardin adalah produk antarabangsa.
Tapi yang sebenarnya, produk ini adalah produk tempatan. Pengasasnya merupakan seorang bekas doktor perubatan, iaitu Dr Maryam Al-Batul Azizuddin. Bisnes ini dijalankan bersama dengan suaminya, yang juga merupakan seorang doktor.
Jangan lupa skodeng page Facebook Dr Maryam tau. Kat sana ada banyak aura positif dan perkongsian ilmu-ilmu bisnes yang power.
Nama Mary Jardin itu sebenarnya singkatan dari nama Dr Maryam. Dan Jardin pula adalah perkataan Perancis yang membawa maksud taman. Dan disebabkan produk-produk Mary Jardin ini mengandungi pati lavender, maka setiap kali pakai tu memang rasa macam berada di taman lavender je tau! Hihi.
Pada asalnya, Dr Maryam dan suami hanya menghasilkan produk-produk ini di rumah. Tetapi apabila permintaan makin besar dan atas keperluan untuk memohon sijil KKM, maka proses pembuatan sudah dibuat di kilang berstatus GMP.
Dan kalau dulu HQ nya berada di Kedah, kini ianya sudah beralih ke Star Avenue untuk memudahkan lagi proses perniagaan. Bermacam-macam jenis kelas dan training juga turut diadakan di Star Avenue ni tau, khas untuk agen-agen. =)
Buat setakat ini Mary Jardin ada empat jenis produk, namun akan ditambah dari semasa ke semasa. Kalau nak tahu apa lagi perkembangan terbaru, follow je blog ini ok?
1 comments:
Winstar Social Casino Launches With Free Bonus - JTM Hub
REPLYThe 삼척 출장마사지 new 의왕 출장샵 app is available for use in the New 충청북도 출장안마 Jersey gambling market today. WinStar Social Casino has the latest promo 경상북도 출장안마 code 평택 출장샵 available on
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)