Wednesday, September 28, 2011

Assalamualaikum.

Minggu depan nak pindah rumah dah, so macam2 barang nak kena beli. Yelar, masa kitorang datang sini, mana ada bawak pinggan mangkuk, periuk kuali semua. Sudip pun enggak ada. Sudu garfu? Lagilah haram. Cawan pun tak ada tau! Jadi macam mana nak masak dan makan nanti? So mestilah kena shopping gak benda2 ni semua, kan? Oh duit, duit...

Tapi nasib baiklah dah beli oven, rice cooker, kettle, toaster dan hand mixer dari Kak Cora yang dah balik ke Malaysia. So dah save banyak sangat duit kat barang2 tu. Alhamdulillah! Thanks Kak Cora!
Erm lagi plak dah nak masuk musim sejuk tak lama lagi. So kena plak membeli baju2 tebal, stokin2 tebal, selimut2 tebal, semuanya yang tebal2 la. Duit yang nak keluar pun tebal! Hehe.

Dan kitorang tengah dalam proses nak membeli kereta ni. Susahlah nanti kalau tak ada kereta. Sebabnya rumah yang  kitorang nak duduk ni nanti jauh dari kawasan2 kedai. Nanti payah plak nak membeli barang2 makan. Kitorang ada bajet 2000euro je untuk beli kereta. Beli kereta secondhand, dan bayar cash. Oh melayang 2000euro macam tu je. Huhu..

Lepas dah beli kereta, kitorang nak beli stroller plak, sebab senang nak bawak Ammar jalan2 nanti. Dan kalau diikutkan 'perangai gila' Mama dia ni, rasa macam nak beli Quinny Zapp Xtra. Tapi, paham2 jela kan berapa harganya. Lepastu kena jugak beli car seat, sebab kat Perancis ni baby wajib kena pakai car seat. So kenalah beli Maxi-Cosi pula, yang padan dengan Quinny. Aduh, duit lagi!
 
Dah la banyak benda nak kena beli, sekali plak elaun yang Cik Abang dapat dari UTHM sikit daripada yang sepatutnya. Sekarangni Cik Abang tengah nak deal dengan pihak UTHM untuk selaraskan elaun yang kitorang dapat dengan elaun yang diperuntukkan oleh KPT. Harapnya benda ni cepat selesai.
Eh tiba2 plak teringat. Benda2 ni pun kena beli gak::: bantal, carpet, cadar, kipas, TV, baldi, rak, ............... (The never ending list)

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates