Wednesday, September 14, 2011

Assalamualaikum.

Saya mula2 tahu pasal natural parenting ni bila selalu baca majalah Pa&Ma. Bila dah lama2 baca, jadi terpikatlah plak. Apa yang ada dalam natural parenting ini adalah breastfeeding, cloth diapering, dan babywearing. Moh kita review satu2 samaada saya berjaya apply untuk Izz Ammar atau tak.

1) Breastfeeding:
Alhamdulillah, setakatni Ammar masih lagi fully breastfeed. Cuma tiga hari pertama dulu je ada campur dengan FM sikit, kononnya sebab tak ada susu (Oh detail story on this will be in the next post ok?). Lepas dari tu, memang tak ada campur2 dah. Cumanya, macam2 masalah terpaksa saya lalui. Orang yang menyusukan anaknya mesti paham masalah2 ni. Huhu. =(

Tapi tak apalah, asalkan Ammar dapat susu yang terbaik. InsyaAllah akan cuba untuk menyusukan Ammar sampai umur dia dua tahun. =)

2) Cloth diapering:
Bab cloth diapering ni plak, 50% berjaya, 50% tak berjaya. Sebabnya Ammar on and off je pakai cloth diapers (CD) ni. Yelar, sejak Ammar lahir ni kitorang duk merantau je. Kejap di Klang, kejap di Pantai Dalam, kejap di Parit Raja. So nak fully berCD memang agak sukarlah bagi saya. 

Tapi kalau tak dipakaikan CD, memang kesianla kat bontot Ammar, cepat sangat naik merah2 nanti. Now bila dah di Toulouse, saya dah cuba untuk CDing Ammar for a week. Tapi rasanya terpaksa stop dulu. Susah nak basuh, dan susah nak kering. Now Ammar is fully on disposable diapers. ='( [Oh mama tak rela sebenarnya nak pakaikan Ammar dengan DD tu, tak lawa!]
 
3) Babywearing:
Hah yang bab ni, saya totally surrender. Dah beli ring sling, tapi tak tahu pakai, last2 tinggalkan aja kat Malaysia. Yang baby carrier Anna bagi, saya ada bawak. Tapi yang selalu guna hanyalah papa Ammar. Hehe. But now Ammar sudah semakim bam bam. Dan kami tengah mencari stroller untuk Ammar. Bubye to babywearing. Mungkin untuk anak seterusnya baru boleh cuba kot?? =P

Kata Bardboo: Korang plak macam mana?

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates