Monday, February 13, 2012

Assalamualaikum.

Dulu masa mula2 sampai di Toulouse ni, tak sabar je rasanya nak tunggu musim sejuk sampai. Tapi sekarang bila dah musim sejuk, rasa macam tak sabar je nak tunggu musim sejuk ni habis. Sebabnya tak tahan sejuk. Suhu sekarangni asyik negatif je, dalam -1 hingga -12 degree.

Tapi suhu yang negatif tu kalau kat luar. Bila dalam rumah dan tak pasang heater, suhunya dalam 9 degree. Tapi still sejuk kan 9 degree tu? Huhu. Bila pasang heater, barulah rasa nyaman sikit. Kalau tak, memang tak selesa langsung rasanya.

Tapi masalahnya sekarangni heater kitorang tak nak hidup kadang2, so terpaksalah menahan kesejukan juga. Solutionnya? Duduk je dalam bilik jangan keluar2. Sebabnya kitorang memang pastikan dalam bilik suhunya dalam 22 degree macam tu. Bila ke ruang tamu je, terus rasa grrrrrrrrrrrr....Sejuk!

So sekarangni memang lebih banyak masa dihabiskan di dalam bilik berbanding di ruang tamu. Keluar bilik hanyalah untuk ke dapur dan ke tandas. Makan pun dalam bilik, percaya tak? Hehe.. =p
Entri ini tercipta hasil daripada dialog di bawah:
Adik: Abang, Adik nak update blog. Tapi tak tahulah nak cerita pasal apa.
Abang: Ceritalah yang suhu sekarang asyik negatif je, sejuk, kita duduk dalam bilik je.
Adik: Hah betul gak tu. Ok nanti Adik update!

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates