Tuesday, February 07, 2012

Assalamualaikum.

Selalunya salji tak turun di area Toulouse ni. Cuma tahun 2009, ada salji turun. Tahun 2010, tak ada salji turun semula. Tapi Alhamdulillah, 2 Februari 2012 kami dapat merasa dan melihat salji turun di depan mata sendiri.

Masa pagi Khamis tu, saya bukak tirai besi. Bila pandang luar, nampak macam putih2. Terus selak langsir, oh tengah turun salji rupanya. Terus menjerit panggil Cik Abang. "Abang, salji, salji!" Cik Abang ingat saya main2kan dia, biasalah tu dah memang selalu buat macam tu pun. Tapi dia berlari2 gak nak tengok kat tingkap. Hehe.

So selama beberapa minit terujalah kami masing2 kat depan tingkap tu. Lepastu terus siap2 untuk ambil gambar kat luar. Sejuk tu memanglah sejuk, tapi peluang untuk main salji mestilah takkan dilepaskan. =)

Yang ni salji tak lebat sangat. Tapi hari Ahad lepas salji ada turun semula, lebat dan sepanjang hari ada salji. So memang teballah salji tu jadinya. Gambar2 untuk hari Ahad punya saya akan update lepas ni yer. Tunggu....

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates