Sunday, September 30, 2012

Assalamualaikum.

Selamat berhujung minggu buat semua. Kali ni saya nak update sedikit cerita kami pergi petik buah epal petang tadi. Kalau sebelum ini dah ada pengalaman petik buah strawberry, kali ni nak petik buah epal pula. Yela, takkan la nak lepaskan peluang2 yang ada kan. Kalau kat Malaysia, kita petik buah2 lain. Kat sini plak, kita petik la buah2 yang ada di sini. Kalau tak memang beli yang dah siap ada di kedai sahajala.

Ladang epal yang kami pergi ni tak adalah jauh sangat dari rumah. Tapi keadaan cuaca tak berapa elok pula hari ni. Sampai2 je di sana dah hujan. Cuma hujannya tak adalah lebat sangat. Jadi masih boleh teruskan aktiviti memetik epal.

Mula2 pemilik ladang epal (agaknya) bagi kami rasa jenis2 epal yang ada di ladang tu. Masa ni macam ayam dengan itik, sebab kami tak tahu cakap French, diorang pula tak tahu cakap English. Hah elok sangat la tu, hentam sahajalah labu! Hehe.

Tunggu punya tunggu, hujan tak berhenti turun pun. Jadi kami pun redah sahajalah pergi petik epal2 idaman hati. Saya dan Cik Abang cuma petik epal Marianne dan Golden je, sebab itu yang paling berkenan di hati.

Sambil petik epal, sambil makan. Sedap betul epal segar ni. Memang terbaik dari ladang. Dan sambil petik epal juga, sambil ambil2 gambar buat kenangan. Nanti mesti akan rindu kenangan2 ini semua.
Bila dah selesai aktiviti memetik, kami pun pergi timbang epal yang dipetik dan bayar. 1euro untuk sekilo. Dan kami punya dua kilo je. 

Malas nak ambil banyak2, sebab takut tak terhabis makan. InsyaAllah lepas2 ni kalau ada peluang, nak pergi petik buah anggur dan buah kiwi pula. ^_^

p/s: Balik dari petik epal, Ammar dapat luka di dahi.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates