Thursday, September 13, 2012

Assalamualaikum.

Kali ni saya nak bercerita tentang Izz Ammar pulak. Dah lama tak update cerita Ammar kat sini, kan? Bila baca komen dari Hati Putera dan Amirez yang cakap Ammar mesti dah besar sekarang, terus rasa nak share gambar2 dia di sini.

Haah Ammar memang dah besar sekarangni. Sejak dia balik Malaysia ni, macam2 benda dia belajar. Yelar, berjumpa dengan ramai sepupu2 yang berbagai ragam. Memang cepatlah Ammar belajar! Kalau kat Toulouse ni, balik2 dia asyik nampak muka Mama dan Papa dia aja.

Bukan takat tu je. Ketinggian Ammar pun dah nampak jauh berbeza. Masa mula2 sampai Malaysia, kepala dia betul2 kat bawah aras meja makan rumah Bonda. Dalam masa dua minggu, dia dah lebih tinggi dari meja tu! Dan dah pandai memanjat plak tu. Adoi, geleng kepala je kitorang tengok.

Dan masa kat negara tercinta tu la Ammar dapat jalan2 naik motor. Suka betul dia. Pantang nampak motor, mesti nak naik. Cik Abang la yang jadi mangsa kena bawak Ammar round2 satu taman. Petang2 plak selalunya Pakngah Ammar akan bawak dia round2 naik motor gak.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates