Sunday, March 03, 2013


Assalamualaikum.

Selamat berhujung minggu buat semua. Bila dah habis berpantang ni, saya rasa nak buat entri tentang perbandingan antara set bersalin Nona Roguy dan set bersalin Tanamera. Antara dua set ni, mana yang lebih bagus, yang lebih berkesan, dan berbaloi dengan jumlah wang yang dibelanjakan. Tapi ini merupakan pendapat peribadi saya sendiri ya, sebab saya dah menggunakan kedua-dua set ini.

Masa bersalinkan Ammar dulu, saya memilih untuk pakai set bersalin Nona Roguy. Dan untuk bersalin kali kedua ini pula, saya pilih set bersalin Tanamera.


Set Bersalin Terbaik

Bila dah pernah gunakan dua-dua produk ni, saya rasa set bersalin Nona Roguy lebih berbaloi untuk digunakan. Sebab utama adalah pil phytonatal yang ada dalam set ini. Pil ini memang bagus untuk atasi masalah sembelit. 

Sembelit ini memang masalah utama untuk orang lepas bersalin. Nak-nak lagi kalau yang kena jahit, mesti kita akan rasa takut nak meneran, kan? Tapi bila makan pil ni, Alhamdulillah mudah je nak buang air besar. 

Kalau kita makan pil tu pagi, petang tu mesti akan ke tandas untuk membuang. Tapi kena pergi cepat2, takut tercirit di tengah jalan. Hihihi. :p

Untuk set Tanamera pula, tak ada pil. Yang ada cuma teh herba dan minyak kelapa dara (VCO), dan yang lain-lain adalah untuk kegunaan luaran. Teh tu saya tak boleh minum. Sebabnya dah cuba minum sekali, lepastu Aneesa jadi cirit-birit dan tak boleh tidur malam (Aneesa fully breastfeed). 

VCO pula memang saya dah guna sebelum bersalin lagi. Tapi masa dalam pantang, saya hadapi masalah sembelit pula. Kadang-kadang tu sampai lima hari menyimpam stok. Huhu.

Disebabkan masalah sembelit ni, saya minta kakak saya belikan pil phytonatal dan Along saya bawa datang sekali masa dia datang Toulouse. Masa tu saya dah nak dekat sebulan berpantang. Bila dah makan pil phytonatal, barulah masalah pembuangan menjadi lancar semula.

Untuk bersalin kali ini, saya perasan yang berat badan saya lambat turun berbanding sebelum ini. Dah habis tempoh berpantang ini pun, masih banyak lagi lemak-lemak yang terkumpul. Mungkin sebab dah tersalah memilih set bersalin agaknya. Huhu.

Jadi, kalau ditanya kan pendapat saya, saya akan jawab dengan sejujur-jujurnya yang set bersalin Nona Roguy memang terbaik. Tapi itu kalau nak dibandingkan dengan Tanamera la. Dengan produk-produk lain, saya tak bolehkan nak bandingkan sebab saya tak cuba lagi.
p/s: Entri ini merupakan review saya sendiri, supaya boleh dijadikan panduan buat ibu-ibu di luar sana. Kerana setiap pembeli mempunyai hak untuk memilih mengikut penilaian mereka sendiri. Entri ini bukan bermaksud untuk menutup periuk nasi mana-mana pihak. Harap maklum.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates