Sunday, March 31, 2013

Assalamualaikum.

Sekarangni, Mama dah nak kenalah mula jaga muka dan badan betul-betul. Sebabnya umur pun dah 26 tahun, anak pun dah dua. Dan rasanya macam tanda-tanda penuaan pun dah mula muncul sikit-sikit. Eh biar betul? Huhu.

Kalau nak diikutkan, kulit Mama memang jenis kulit kering dan kasar. Memang dari dulu lagi. Lepastu, malas pula nak sapu-sapu losyen dan moisturizer bagai. Hah lagi bertambah teruk lah kan? Tapi sekarangni macam tiba-tiba je datang kesedaran nak jaga muka dan badan betul-betul. Dah terlambat ke ek? Hurm...

Tak kisahlah dah terlambat ke belum. Yang pasti, kita kena usaha dulu. Jadi semalam Mama dah mula guna mask yogurt. Sebab ada terbaca yang yogurt ni memang elok bila sapu kat muka dan badan. Boleh bagi kulit licin. Tapi kalau kulit yang macam Mama ni agak-agaknya kena guna berapa gelen yogurt ek? Hehe.

Dan yang pastinya, yogurt Ammar jadi mangsa. Sebab Ammar memang makan yogurt plain hari-hari. Mama dan Papa pula tak boleh terima yogurt plain ni, kami makan yang berperisa. Hehe. Kalau ikutkan pada apa yang Mama baca dalam internet, lagi elok guna Greek yogurt. Tapi Ammar punya regular yogurt je, Nanti bolehlah cuba Greek yogurt pula.

Lepas-lepas ni Mama nak cuba buat yogurt face mask dengan guna resepi kat bawah ini pula la:

Beberapa sudu Greek yogurt
1 sudu madu
Perahan lemon - boleh memutihkan kulit
Beberapa biji blueberry yang dikisar - bertindak sebagai antioxidant
Gaul rata kesemua bahan. Sapu pada bahagian muka dengan menggunakan sudu atau jari. Biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air. Selamat mencuba!

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates