Tuesday, April 09, 2013

Assalamualaikum.

Siapa yang pernah merasa sakit senggugut, mesti faham kan macam mana seksanya sakit senggugut ni? Mama dulu pun menderita sakit senggugut ni gak. Mula-mula datang haid dulu, tak ada pun kena senggugut ni. Cuma bila dah masuk tingkatan 4, tiap-tiap bulan Mama akan rasa senggugut. Selalunya dalam sehari atau dua hari sebelum haid sakit tu dah datang.

Ada orang kata sakit ni akan hilang lepas dah bersalin, tapi tak pun. Masih juga sakit-sakit lagi. Ni nak tengok pula lepas dah bersalin dua kali, masih sakit lagi atau tak. Kalau ya, nanti Mama nak cubalah petua hilangkan senggugut ni:

Pilihan 1: Minum air rebusan rumpun jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Pilihan 2: Tumbuk secekak daun cili padi, 7 biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan dua sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya 3 kali sehari selama tiga hari.

Pilihan 3: Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam jantan atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama tiga malam.

Pilihan 4: Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum dua kali sehari dalam masa 3 hari.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates