Wednesday, May 29, 2013

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kalau dulu saya hanyalah seorang SAHM (stay at home mom), tetapi sejak menyertai bisnes Shaklee, saya anggap diri sebagai seorang WAHM (work at home mom). Siapa lagi yang nak 'up'kan status sendiri kalau bukan diri sendiri, kan? Hehe. Kalau dulu kerja harian hanyalah jaga anak dan suami, memasak, kemas rumah, dan berblogging. 

Tapi kini sejak serius dalam bisnes, kena tambah lagi kerja-kerja belajar fasal produk, buka balik buku-buku kesihatan yang dah lama ditinggalkan, update blog bisnes (Mahligai Cinta), update fanpage, buat promosi, follow-up customer, dan macam-macam lagi.

Jadi dengan tambahan benda-benda yang perlu dilakukan ini, kalau saya tak ada 'time-management' yang betul, memang boleh tunggang-langganglah hidup kami sekeluarga. Untuk atasi, saya memang dah buat jadual untuk setiap hari, dari buka mata sampailah nak tidur nanti. Tapi saya tak akan kongsikan jadual tu di sini. >Secret and confidential< ^_^

Disebabkan ada dua orang anak kecil yang masih perlukan perhatian Mama nya ni, maka saya cuma boleh betul-betul fokus untuk buat kerja bila dua-dua tengah tidur. Dan kalau diorang berdua ni tidur pada masa yang sama, memang itulah waktu yang paling berharga! Untuk menggunakan masa yang beberapa jam yang ada tu secara optima, saya memang memerlukan dua aplikasi smartphone di bawah ini:

1) Astrid:
Aplikasi ini saya gunakan untuk menyenaraikan semua perkara yang perlu saya buat. Selalunya saya akan dapat idea untuk buat macam-macam perkara bila tengah buat benda lain (memasak, mandi, menyusukan Aneesa, dll). Tapi bila menghadap laptop, semua benda yang dah difikirkan tu macam hilang macam tu je. Sebab tu saya perlukan aplikasi ni. Bila dapat idea nak buat sesuatu, terus masukkan dalam phone.

Yang menariknya, boleh buat berbagai jenis list/kategori. Kategori yang saya buat adalah Home, Personal, Shopping, dan Work. Masukkan benda-benda yang perlu dibuat nanti tu di dalam kategorinya. Bila anak-anak tidur, saya pun bukalah list 'Work'. Mudah, kan?
List 'shopping' tu pun dah memudahkan untuk tak payah guna aplikasi 'grocery' lagi. Dah jimat satu aplikasi phone. =)

2) 30/30:
Bila dah tengok perkara-perkara yang ada dalam 'list work', saya akan pilih beberapa perkara yang boleh dibuat masa anak-anak tengah tidur tu. Contohnya update entri dan blogwalking. Dan saya boleh tetapkan masa untuk setiap perkara ni. Untuk update entri sejam, blogwalking setengah jam.

Kalau saya tak buat macam ni, masa berharga tu hilang macam tu je sebab saya suka scroll timeline Facebook dari atas ke bawah. Membazir masa je kan? Sebab itulah penting sangat untuk saya gunakan aplikasi ni. Bila nampak masa untuk update blog dah hampir habis, barulah saya akan taip laju-laju. Kalau tak, nak fikir ayat je dah makan masa yang lama.

Kalau tak ada smartphone? Gunalah cara manual. Untuk Astrid tu, buatlah manual to-do list. Untuk 30/30, setlah timer. Mudah je, kan?

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates