Tuesday, May 28, 2013

Assalamualaikum.

Bila usia semakin bertambah, tanda-tanda penuaan juga semakim banyak muncul seperti kulit berkedut, kulit kusam, jeragat, dan rambut beruban. Semua tanda-tanda penuaan ini tidak dapat kita elakkan, tapi kita boleh berusaha untuk melambatkan kemunculannya.

Antaranya adalah dengan menjaga pemakanan dan kesihatan badan dengan baik. Untuk entri kali ini, saya ingin kongsikan petua melambatkan rambut beruban yang saya baca di Facebook. Mungkin ktia boleh amalkan sama-sama sebelum uban mula muncul di kepala. =)

Petua Melambatkan Rambut Beruban

Pilihan 1 : Ambil biji betik yang sudah masak anggaran 2 sudu besar. Jemur sehingga kering dan goreng sehingga garing. Campurkan biji betik tadi dengan minyak kelapa secukupnya. Cuci rambut dengan bersih dan campurkan minyak tadi ke bahagian rambut yang putih.  Lakukan setiap kali sebelum tidur malam.

Pilihan 2 : Bancuh sedikit minyak kelapa, lendir daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Lumurkan pada kepala sebelum mandi.  Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan  menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan 3 kali seminggu.

Pilihan 3 : Untuk menghitamkan uban, ambil segenggam daun kari.  Tumbuk hingga lumat. Kemudian, gaulkan dalam santan pekat. Rebuskan  hingga menjadi minyak. Selepas itu disapu pada rambut setiap hari.

Pilihan 4: Ambil 12 helai daun buluh. Siat-siatkan sehingga halus. Kemundian sapukan pada rambut anda.
Mana satu agaknya petua yang menjadi pilihan? =)

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates