Tuesday, September 09, 2014

Assalamualaikum.

Semakin ramai yang sedar tentang kelebihan menyusukan bayi. Dan kini, ramai ibu-ibu muda yang memilih untuk menyusukan bayi mereka sendiri tanpa bergantung pada susu formula. Namun, si ibu mungkin mengalami sedikit masalah penyusuan pada mulanya. Ini mungkin disebabkan oleh kurangnya ilmu penyusuan dan tidak mendapat sokongan dari orang-orang terdekat.

Untuk menjayakan sesi penyusuan, si ibu perlu menanam azam tersebut semasa tengah mengandung lagi. Dan ibu juga perlu mencari ilmu penyusuan yang banyak terdapat dalam buku, majalah, dan internet. Selain itu, dapatkan juga sokongan penuh dari suami. Terangkan padanya kelebihan susu ibu buat bayi. Ini kerana apabila si ayah sudah faham, dia akan lebih mudah untuk memberikan bantuan dan sokongan.

Sekarangni Mama nak kongsikan apa yang Mama pernah buat dulu untuk banyakkan susu badan. Selepas bersalinkan Ammar, masa mula-mula tu memanglah susu badan sikit. Sebab perut bayi pun kecil je lagi masa tu. Tapi selepas beberapa hari bersalin, Mama pun berurut. Dan banyakkan makan lobak putih. Sebab orang kata lobak putih membantu membanyakkan susu badan.

Dan Mama pastikan Mama minum air yang banyak setiap hari. Memang ramai orang-orang tua yang tak bagi ibu berpantang minum air banyak. Tapi jelaskan pada mereka dengan elok, InsyaAllah tidak ada 'koflik' yang bakal berlaku.

Selain itu, Mama juga kerapkan mengepam susu. Setiap 2 jam memang akan mengepam. Kalau lambat mengepam, alamatnya memang kena bengkak susu. Apa nak buat bila bengkak susu? Letak kobis pada payudara, InsyaAllah bengkak susu akan hilang.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates