Monday, April 27, 2015

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur pada-Nya kerana masih diberikan peluang untuk hidup satu hari lagi. Bersyukur juga kerana dapat berpagi-pagi hari ini. Bagi yang bekerja, selamat memulakan rutin bekerja semula. Dan bagi surirumah seperti Mama, kita juga tetap perlu meneruskan kerja-kerja harian seperti biasa.

Bila ada anak semuanya pun berubah. Betul tak? Rasanya semua orang pun akan setuju dengan pernyataan ini. Kalau dulu, kita cuma perlu fikirkan tentang diri sendiri, tapi sekarang kita perlu fikirkan tentang anak pula. Dan sebenarnya kita akan memikirkan tentang anak lebih banyak lagi berbanding tentang diri sendiri.

Kalau dulu jika mahu ke mana-mana  cuma perlu siapkan diri sendiri sahaja, tapi sekarang perlu siapakan anak-anak dahulu sebelum kita pula bersiap.

Kini dalam setiap perancangan kita, anak-anak mesti menjadi fokus utama. Alhamdulillah, bersyukur sangat bila diberi peluang untuk membesarkan dan mendidik anugerah dari-Nya ini.


"Seorang ibu dilahirkan di saat anaknya lahir ke dunia"

Mama sangat bersetuju dengan kata-kata di atas ini. Memang di saat kita melahirkan anak, umpamanya kita juga baru dilahirkan. Semuanya menjadi baru.

Jika bayi perlu menyesuaikan diri dengan dunia baru, kita juga sama. Secara automatik cara dan pemikiran kita akan berubah. Sudah semestinya kita menjadi lebih matang.

Alhamdulillah, bersyukurlah atas nikmat paling bermakna ini.
Alhamdulillah, ambillah peluang ini untuk mendidik mereka sebaik-baiknya.



Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates