Thursday, May 28, 2015

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, untuk setakat hari ini hidup kami suami isteri diceriakan oleh dua orang cahayamata. Pertama, Izz Ammar yang sudah berumur 4 tahun. Dan adiknya Irdhina Aneesa, berumur 2 tahun.

Bila Mama muat naik gambr di bawah ini di Facebook, ramai yang memberikan komen yang Aneesa nak adik dah tu. Dah boleh dah bagi Aneesa adik baru.


Kalau ikutkan hati, memang nak tambah anak lagi. Tapi sekarang suami tengah dalam proses buat Phd. Jadi kalau boleh nak beri suami peluang untuk fokus pada pelajarannya.

Kalau Mama dah mengandung nanti, mesti asyik tak larat je. Dan suamilah yang kena banyak membantu uruskan hal rumah dan anak-anak. Dan nanti bila dah bersalin pula, memang lebih banyak perhatian perlu diberikan pada si kecil.

Jadi rasanya, kami kena tanggugkan dulu hasrat untuk menambah ahli keluarga. Lagipun Mama sebenarnya nak tunggu Ammar betul-betul boleh bercakap dan urus diri sendiri dahulu. Dan barulah akan fikirkan untuk menambah ahli keluarga.

Tetapi bila melihat gambar bayi kecil, memang rasa rindu sangat pada saat-saat mengandung. Mama paling rindukan saat apabila dapat rasa bayi bergerak-gerak dalam perut. Memang sangat nikmat!

InsyaAllah, saat itu akan tiba juga. Buat masa sekarang biarlah suami fokus pada Phd, dan Mama pula fokus untuk membesar dan mendidik anak-anak.

Semoga urusan kami sekeluarga dipermudahkan. Amin.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates