Friday, May 08, 2015

Assalamualaikum.

Semua ibubapa mengharapkan anak-anak mahir mengusai 3M, iaitu membaca, menulis, dan mengira. Ramai yang melepaskan 100% tanggungjawab kepada cikgu untuk mengajar anak mereka menguasai kemahiran 3M ini.

Sepatutnya, kita sebagai ibubapa yang perlu memulakan aktiviti-aktiviti pembelajaran di rumah. Aktiviti boleh dibuat secara santai, mengikut tahap kebolehan anak. Kita kena ingat yang setiap anak itu berbeza. Sudah tentulah ibubapa yang lebih mengetahui kelebihan anak masing-masing.

Untuk kali ini, Mama nak fokuskan kepada kemahiran menulis. Menulis ini sukar sebenarnya. Anak-anak perlu pandai memegang pensel dengan betul, kemudian mereka perlu menggerakkan pensel untuk membuat bentuk-bentuk.

Adalah tidak logik jika kita terus inginkan anak menulis dengan betul sedangkan latihan asas tidak diberikan.


Sebelum anak-anak boleh memegang pensel dengan betul, kemahiran motor halus (fine motor skills) di bahagian jari mereka perlu dilatih. Ini boleh dibuat dengan memberi anak bermain plastisin, bermain pasir, dan pelbagai aktiviti lagi.

Ibubapa juga boleh menyediakan pelbagai jenis alat menulis supaya anak biasa dengan alatan tersebut. Tetapi jangan pula stress bila anak tak pandai pegang dengan betul. Proses ini mengambil masa.

Dan sebelum anak pandai menulis, kita perlu dedahkan anak pada kemahiran awal menulis (pre-writing skills). Caranya adalah dengan membantu anak membuat garisan lurus, garisan beralun, dan bentuk bulatan.

Ini contoh aktiviti yang Mama buat bersama anak-anak. Mama print latihan meyambung garisan ini dan laminate. Mama sediakan whiteboard marker supaya tulisannya nanti dapat dipadam dan digunakan berulang-ulang kali.


Bila anak-anak bangun je, mereka terus nampak bahan yang saya dah sediakan dan mereka terus buat tanpa disuruh. Ini adalah hasil kerja Ammar.


Aneesa masih lagi dalam peringkat menconteng, dan belum dapat mengikut garisan. Alhamdulillah, anak-anak suka dengan aktiviti ini dan ralit membuatnya. InsyaAllah lepas ini Mama akan sediakan bahan-bahan lain untuk mereka.



Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates