Wednesday, September 30, 2015

Assalamualaikum.

Mengandung memang menyeronokkan. Terutamanya bila dapat rasa bayi bergerak dalam perut. Tapi sebelum nak sampai ke saat itu, pasti ada banyak cabaran yang kita perlu lalui dulu.

Bagi yang dah pernah mengandung, mungkin dengan membaca entri ini akan membuatkan anda terkenang saat-saat mengandung dulu. Bagi yang belum, bolehlah baca ini untuk sediakan mental menghadapi saat kehamilan.


Cabaran Ketika Hamil

1. Morning Sickness

Perkara pertama yang majoriti ibu hamil akan lalui adalah morning sickness. Ini adalah raya loya dan muntah-muntah yang bukan sahaj berlaku di waktu pagi, tapi mungkin juga sepanjang hari. Ada orang yang kena teruk, ada yang kena biasa-biasa je.
Sebelum ini Mama ada kongsikan tips atasi morning sickness, jemputlah baca ye. =)

2. Pedih Ulu Hati

Jika sebelum ini anda tak pernah kena pedih lu hati, tapi mungkin di saat kehamilan ini anda akan merasanya. Ini disebabkan pembesaan rahim yang menyebabkan ruang abdomen menjadi sempit. Jadi cecair dari perut boleh bergerak ke arah esofagus dengan cepat.
Untuk mengelaknya, anda perlu elakkan makanan peda dan jangan terus berbaring selepas makan.

3. Kejang Kaki

Kejang kaki ini memang sakit, boleh juga berlaku semasa kita tengah tidur malam. Memang sakit sangat-sangat kalau kena kejang kaki semasa hamil ini. Ada yang panggil simpul biawak. Mama pernah kena semasa mengandungkan Aneesa dulu.
Penyebab kaki kejang adalah kekurangan kalsium dan ketidakseimbangan elektrolit dalam badan. Anda boleh elakkan dengan menambah pengambilan kalsium dan minum banyak air kosong.

4. Sembelit

Anda mungkin mengalami sembelit apabila berada di trimester ketiga kehamilan. Antara cara yan boleh diambil untuk mengelakkan sembelit adalah mengambil makanan berserat, minum banyak air, dan melakukakan senaman ringan.

Cukuplah empat cabaran ini dulu ye. Ada yang nak kongsikan cabaran-cabaran unik masing-masing tak?


Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates