Wednesday, September 23, 2015

Penipuan dalam pembelian emas ini sering berlaku tidak kira sama ada pembelian itu dibuat melalui online mahupun di kedai emas.  Disebabkan kualiti emas sukar untuk diuji dan memerlukan peralatan dan perkakas tertentu, maka ada sesetengah kedai yang menjual barang-barang kemas mengambil kesempatan menipu pada kualiti emas mereka.

AWAS : Beli Emas pada harga rendah

Jika anda terlihat ada kedai yang menjual barang-barang kemas jauh lebih murah nilai segram pada sesuatu kualiti, maka anda seharusnya berhati-hati jika bercadang untuk membeli di kedai tersebut. Ia amat meragukan bagi kedai emas jika ia menjual barang kemas terlalu rendah harganya dari harga pasaran. (Klik sini untuk tahu 4 cara mudah menguji ketulenan emas)

Membeli Emas Melalui Online

Pada masa kini ada pelbagai jenis perniagaan yang melibatkan emas, baik dari pembelian emas fizikal hinggalah ke skim pelaburan yang melibatkan emas virtual sahaja.  Bagi perniagaan emas yang berasaskan atas talian (online), lazimnya emas yang dijual adalah berbentuk wafer, bar, coin (syiling) atau dinar.
Jika anda sememangnya bercadang untuk membeli emas sebegini melalui online, kami sarankan carilah produk yang sememangnya dipercayai ketulenannya. Jauhkan dari diri anda tertipu.

Emas Powergold

Syarikat Powergold menawarkan perkhidmatan penjualan emas secara online melalui agennya yang sah. Emas powergold sememangnya sahih ketulenannya iaitu emas 999.9 dan boleh dipajakkan di mana-mana ar-rahnu jika perlu. Anda boleh rujuk artikel ini yang menunjukkan arrahnu telah menguji ketulenan emas Powergold untuk dipajakkan.


Auricle AGT3

Auricle AGT3 adalah alat elektronik yang digunakan untuk menguji kualiti emas. Alat ini boleh menguji emas dalam julat 6 karat hingga 24 karat. Apa yang boleh dikongsikan di sini adalah goldbar dan dinar milik  Powergold telah diuji menggunakan alat ini dan keputusan kualiti emas Powergold adalah 24 Karat (rujuk gambar diatas). Ini membuktikan bahawa kualiti emas Powergold adalah benar seperti apa yang diiklankan di pasaran iaitu emas 999.9 atau emas 24 karat (24K).

Kesimpulan

Anda seharusnya berhati-hati dalam membeli emas terutamanya apabila membeli secara online.  Pastikan kualiti produk emas yang anda hendak beli itu adalah kualiti yang sama seperti yang diiklankan. Jika anda pening dan tak tahu produk yang dijamin kualitinya, maka pilihlah emas Powergold.
Saya merupakan stokis sah Powergold. Saya menawarkan perkhidmatan jualbeli emas dalam bentuk syiling, dinar, bar dan barangan kemas. Hubungi saya jika anda berminat untuk membeli emas dan mendaftar sebagai ahli.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates