Monday, October 10, 2011

Assalamualaikum.

Belajar untuk hidup susah? Yup, memang saya kena kuatkan diri untuk belajar hidup susah. Sementara belum ada kereta ni, kena tabahkan diri untuk naik public transport bila pergi beli barang2 makan. Sebelum ni masa duduk hotel, kitorang cuma perlu jalan kaki je untuk ke Carrefour Purpan.

Tapi bila di rumbah baru ni, kami perlu jalan kaki dulu selama 10minit unutk ke tempat menunggu bas. Dan kemudian naik satu bas untuk ke Carrefour Labege. Nasib baiklah hanya naik satu bas. Kalau dua tiga bas? Pengsan mak nak kat tengah2 jalan! Hehe.

Dahlah cuaca sejuk gila. Padahal baru nak masuk autumn. Kalau dah winter nanti, agaknya saya dan Ammar tinggal di rumah jela. Biar Cik Abang je yang membeli. Kesian plak kalau nak bawak Ammar sekali. Mesti dia tak tahan sejuk. Huhu.

Lepas beli shopping, barang2 nya akan diangkut menggunakan troli cokelat itu. =)
Daun2 dah mula gugur
Cian Ammar kesejukan. Huhu
Saya yang semakin lama semakin kurus. Jangan tinggal tulang saja dah la. Tak cukup lemak plak nak menahan kesejukan nanti. Huhu


Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates