Tuesday, October 18, 2011

Assalamualaikum.

Hari Sabtu lepas tetiba je ku terasa teringin (aik dah macam lirik lagu la plak) nak makan kek yang macam Bonda selalu buat dulu. Nak call, takde credit. Nak tanya kat facebook, kompem2  Kakteh akan lambat reply. So solutionnya ku tanya di Group Tak Pandai Masak di Facebook (Oh siapa2 yang nak resepi best2 dan mudah join la group ini ok?)

Respond yang saya dapat sangatlah cepat, dan seorang ahli group tu dapat bagi saya resepi yang saya nak tu. Bila dah dapat, apa lagi, terus buatlah! Tapi Ammar plak meragam2 nak susu, so akhirnya kek itu Cik Abang yang buat. Saya cuma menjadi pemerhati je. Hehe.
Dan inilah hasilnya:



Walaupun rupa tak lawa, tapi tetap sedap. Sekejap je kitorang dah habiskan kek ni. Hehe.

Lepas dah siap buat kek dan dah lunch, kitorang ikut Haris Ain pergi beli barang makan. Mula2 pergi Paris Store, lepastu pergi Hypercasino, Soleil, dan last sekali ke Lidl. Sepanjang masa tu, Ammar sangat behave ok. Bagus betullah anak mama ni. Tapi masalahnya, Ammar dah tak mahu minum EBM through botol. Tengok ni dia buat muka pelik:


Last2 terbuang je 4oz EBM tu. Aduhai, sayangnya! Dahlah penat2 mengepam. Rasa macam dah tak nak mengepam lagi je kalau Ammar memang dah tak mahu minum ikut botol. Bila dah penat berjalan, Ammar pun tertidur. Tapi kesian dia tidur dalam keadaan lapar. =(




Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates