Tuesday, October 18, 2011

Assalamualaikum.

Ni nak cerita aktiviti hari Ahad lepas plak. Elok2 je lepas kitorang lunch, Mejar Saipol call ajak pergi Vide Grenier dengan famili Mejar Azman. Vide Grenier ialah pasar untuk menjual barang2 second hand dengan harga yang sangat2 murah. Pasar ni ada on weekend je, dan tiap2 minggu diadakan di tempat2 yang berlainan. Kalau mengikut kepada apa yang baca kat satu blog ni, Vide Grenier cuma ada masa musim panas je. Entahlah ek. Kita tengok jela nanti masa winter ada ke tak. Hehe.

Kalau nak diikutkan hati ni, memang macam2 benda nak dibeli. Barang2 baby semuanya comel2 ok, dan masih elok2, dan yang paling penting MURAH!! Tapi disebabkan oleh financial constraint, terpaksalah nafsu membeli ini disekat-sekat.

Mula2 dah nampak playmat yang comel untuk Ammar. Orang tu nak jual 8euro, kitorang mintak kurang ke 5euro, dia tak nak. Lepastu kitorang cakap nak jalan2 dulu tengok tempat lain dulu. Oh yer, silalah bayangkan percakapan kami itu seperti ayam cakap dengan itik ye. Hehe.

Bila dah habis pusing, tak ada plak playmat lain yang berkenan di hati. Bila pusing balik ke tempat tadi, dah orang beli plak. Alahai, melepas! Sedih betullah. Huhu. Last2, apa yang kami dapat rembat di Vide Grenier tu adalah:

Kasut comel untuk Ammar = 1euro
Sarung tangan comel, juga untuk Ammar = 1euro
Beg Esprit untuk Mama = 5euro
Nothing for Papa, uiks cian Papa! = 0euro
Oh ni plak gambar di sekitar Vide Grenier:


Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates