Wednesday, October 19, 2011

Assalamualaikum.

Waaaa...Cepat betul masa berlalu. Tak sangka Ammar dah lima bulan. Sekejap je dah membesar. Rasanya macam baru je melahirkan Ammar. Tapi sekarang Ammar dah besar dah!

Sekarang Ammar dah pandai meniarap dan pusing badan balik. Dah asyik masukkan tangan dalam mulut, gigit2 tangan, sampai air liur meleleh2 kat baju, lencun! Lepastu, dah pandai nak capai2 barang. Kalau pegang dia masa kitorang tengah makan, mesti dia nak capai2 pinggan. Ni kalau Bonda tahu ni, mesti nak suruh bagi Ammar makan. Hehe. Takpe, lagi sebulan je lagi. Nanti Ammar dah boleh makan dah. =)

Lagi, Ammar suka mandi dalam bath tub. Oh sekarang Ammar dah mandi dalam bath tub yang real, yang besar punya. Tak muat sudah mahu dimandikan dalam sinki. Nanti kalau ada masa, saya ambil ye gambar Ammar mandi dalam bath tub besar. Ammar suka sangat main2 air tau!

Masa taip entri ni, Ammar tengah tidur dengan papa dia. Alahai, sayangnya kat dua2 orang buah hati pengarang jantung saya ni. Sayang sangat2!!!!!!!!

 Inilah dia buah hati saya ^_^
Tengok tu Ammar dah pandai nak main lasak2 sekarangni
Ammar suka sangat main dengan tuala. Tak tahulah kenapa ek
Lihatlah peha Ammar tu, geram!
Ammar dan aksi manjanya
Lenanya dia tidur
Hah yang ni siap berdengkur lagi! Ni Ammar tidur atas pangku papa tau. Alahai manjanya.
I'm a big boy now! Dah boleh cari awek tak mama? Haipp2, mana boleh!
Finally, Ammar dan Mama. ^_^
Kata Bardboo: Kita punyalah sayang kat anak sampai nak cubit pun tak sanggup. Tapi ada orang sanggup kelar anak. =(

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates