Wednesday, September 12, 2012

Assalamualaikum.

Lambatnya nak update cerita pasal raya! Tapi lebih baik ada daripada tak ada kan? Raya tahun ni turn beraya kat belah saya. Selalunya kitorang beraya di kampung kat Kuala Linggi, Melaka. Tapi mula dari tahun lepas, kitorang berkumpul di rumah Bonda di Klang dulu, dan lepas tu baru bergerak ke Melaka.

Alhamdulillah tahun ni kesemua anak2 Bonda yang tujuh orang tu dapat kumpul bersama. Memang cukuplah 7 orang anak dan 20 orang cucu. Bayangkanlah umat seramai ni nak disumbat dalam rumah yang comel. Tapi itu semua bukan halangan. Yang penting dapat berkumpul ramai2 untuk sambut raya. Meriah sangat!

Pagi raya tu lepas dah solat raya, kitorang makan2 jap. Lepas tu barulah sesi bermaafan-maafan. Beratur panjang2 dimulakan dengaan anak yang sulung dan pasangan pastu diikuti dengan adik-beradik yang lain. Dah habis anak2, baru giliran cucu plak beratur. Budak2 bukan fikir nak salam maaf2 sanagt pun, tapi lebih kepada nak kumpul duit raya! Hehe, biasalah tu kan. Kita kecil2 dulu pun camni gak.

Lepas dah bersalam sesi bergambar pula. Masa ni Ammar dah mula resah. Yelar, dahlah dia kena kejut awal pagi untuk mandi. Lepastu dah siap lawa2 tak bergerak plak duk je dalam rumah. Tensenlah dia dibuatnya. Dah selesai bergambar, barulah kitorang bergerak ke Melaka. Masuk je kereta Ammar terus tidur sehingga sampai destinasi.

Kat Melaka kitorang sempat pergi beraya kat beberapa buah rumah je, lepastu terus bergerak ke Rembau plak untuk beraya ke rumah sedara belah Arwah Abah. Masa tu pun dah lewat petang dah. Tapi raya tetap raya. Lepastu terus je la pulang semula ke Klang. Simple je raya kitorang, tapi tetap meriah..=)

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates