Wednesday, September 26, 2012

Assalamualaikum.

Salam hari Rabu buat semua. Patutnya hari ini buat Wordless Wednesday la kan? Tapi disebabkan entri yang ini memang nak buat dari malam tadi lagi tapi tak sempat buat sebab Ammar tidur lambat, jadinya saya buat sekarang ajalah. =)

Hari Isnin lepas kami dah pergi scan baby I.A. Hari tu kan dah cerita pasal second check-up, yang ni untuk scan pula. Kat sini benda tu buat lain2, tak sekali macam kat Malaysia. Nantilah saya cerita detail tentang perbezaaan cara di sini dan cara di Malaysia, ya?

Seperti biasa, masalah bahasa menjadi kekangan. Stress betul. Tak dapat nak tanya betul2 tentang keadaan Baby I.A. Tapi orang tu cakap semuanya Ok, tak ada sebarang masalah. Suka sangat tengok Baby I.A gerak2 dalam perut. Siap minum air lagi. Hehe. Tapi si Along Ammar tu tak kisah pun nak tengok adik dia. Dia lagi sibuk nak main2 dengan benda2 yang ada dalam bilik tersebut. Lain kali kena tinggal kat rumah baru tahu! Hehehe...

Hasil daripada scan tersebut, kami dah dapat tahu jantina anak kedua ini. dan insyaAllah kalau betullah scan yang dibuat ni, Ammar akan dapat adik perempuan! Wah, tak sabarnya nak beli baju2 warna pink. Doakan semoga semuanya selamat ye kawan2. ^_^

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates