Pengalaman Kaki Kejang Semasa Mengandung
Assalamualaikum.
Alhamdulillah untuk kehamilan kali ni, semuanya berjalan lancar buat setakatni. Walaupun dah separuh perjalanan dilalui, tapi tak terasa sangat yang saya tengah mengandung sebabnya tak ada rasa mual2 dan muntah. Cuma kadang2 je ada bau2 yang saya tak boleh terima. Selain dari tu, memang semuanya dipermudahkan oleh-Nya, Alhamdulillah.
Cumanya malam semalam, buat pertama kalinya saya merasa pengalaman kaki kejang semasa hamil. Masa tengah sedap2 tidur, tiba2 je kaki kejang. Sakit sangat2! Memang terus menjerit la panggil Cik Abang dan dia tolong buatkan regangan kaki untuk saya.
Kalau ikut pada entri yang baca di blog Kak Yanmie (Kaki Kejang Ketika Hamil), nasihat daripada suaminya adalah kena tidur dengan kaki letak atas bantal. Memang saya tidur macam tu pun. Tapi kalau dah nak kena, tak boleh nak buat apa la kan. Dan nasihat yang dibagi untuk redakan kejang kaki tu, saya rasa saya serahkan ajalah pada Cik Abang untuk buat. Hehe.
Lepas je kena kejang kaki ni malam semalam, terus tak lena nak tidur. Nak gerak pun takut2, sebab takut akan terkena lagi. Sakitnya tu lain macam, tak tahu nak terangkan macam mana. Masa mengandungkan Ammar dulu tak pernah pula rasa, cuma masa tu merana dengan kebas tangan. Betullah cakap orang, setiap kehamilan tu lain2 ragamnya.
Harapnya tak kena kejang kaki lagi lepasni. Semoga Baby pun membesar dengan baik dalam perut ni, InsyaAllah.. =)
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)