Check-Up Kedua Baby I.A
Assalamualaikum.
Asyik cerita pasal Izz Ammar je kan. Jadi kali ni nak bercerita pasal Baby I.A pula. Seminggu lepas kami sampai Toulouse hari tu, kami dah pergi buat check-up yang kedua untuk adik Ammar ni. Walaupun dah lima bulan mengandung, tapi baru kali kedua nak baut check-up kat Perancis ni sebab balik bercuti lama di Malaysia. Kalau nak baca tentang pengalaman check-up pertama, boleh baca di link yang disediakan tu ya.
Alhamdulillah kali ni pun berjaya gak mengelak dari buat VE. Tapi kali ni tak payah gaduh lama2 dah. Rasanya mungkin doktor tu dah ada buat catatan kot kat fail saya yang patient ni degil tak mahu buat VE! Hehe. Jadinya masa check-up hari tu cuma ukur besar perut dan dengar degupan jantung baby. Semuanya OK, Alhamdulillah. Minggu depan nak kena pergi scan baby plak. Tak tahulah nanti dah boleh nampak jantina baby atau tak.
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)