Bersalin Nanti di Mana?
Assalamualaikum.
Ok berbalik kepada tajuk entri. Dalam entri pengalaman hamil yang INI, rakan blogger Shraqs ada bertanya sama ada saya akan bersalin nanti di Malaysia atau di Perancis? Dan jawapannya, saya akan bersalin di Perancis, InsyaAllah. Sekurang-kurangnya nak juga merasa pengalaman mengandung dan bersalin di negara orang. Barulah kita dapat lihat persamaan dan perbezannya.
Ada satu kali tu, saya dan Cik Abang lalu di depan hospital yang saya akan bersalin tu nanti. Saya cakap,"Iskh, tak dapatlah nak bayangkan macam mana tidur kat wad ni bila bersalin nanti". Cik Abang jawab, "Tak payahlah bayangkan". Saya cakap pula, "Agak-agaknya macam mana rupa hantu sini ye?" Hehe. Itu pula yang ada dalam fikiran ni kan. Tapi memang hospital selalu dikait-kaitkan dengan cerita seram, betul tak?
Untuk dalam pantang nanti, InsyaAllah Bonda yang akan jaga saya. Mula-mula Bonda memang tak nak datang sini, puas saya pujuk, dan akhirnya Bonda bersetuju. Bonda sampai 27 November nanti. Masa tu saya baru je dalam minggu ke-30. Biar Bonda datang awal sikit, dapatlah bawa pergi berjalan banyak-banya tempat. Due date Baby I.A patutnya pertengahan bulan Januari 2013, tapi saya doa-doa akan bersalin awal tahun. Manalah tahu boleh dapat 'New Year Baby', kan? ^_^
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)